Tuesday, June 29, 2010

Jemaah...

Masa tu..mamat tu sedang bersama tunangnya di masjid negeri..berada di Kuantan, untuk solat maghrib.Jadi telah jamak, sebab jap lagi nak terus balik ke Klumpur...

Sementara mamat tu tunggu tunangnya selesai, Isyak pun masuk...mamat ni pikir, dah jamak, tak perlu la join solat Isya jemaah...mamat ni pun lepak je la kat belakang..
duduk main handset..

masuk la sorang hamba Allah ni, tengok mamat ni sedang main handset sedangkan ada jemaah Isyak. Hamba Allah ni sambil lalu, pandang mamat ni, menggeleng, MasyaAllah..

Mamat ni terasa la..jadi, dia sudah tanya kawan dia..pangkat ustaz la.. (Ustaz= Guru - Bahasa Arab)...tit..tit..(SMS)..

Ustaz pun tit...tit..tit..."Pernah jadi zaman nabi perkara yg sama macam ni.Sorg sahabat solat jama'di masji, kemdian masuk waktu dia xjoin atas alasan dia da jama;.Lantas nabi tegur, sepatutnya dia sertai jemaah sdg solat,lainlah kalau dia tiada di masjid, walaubagaimanapun, solat sah cuma tak afdal.."

Monday, June 28, 2010

Hari Isnin

..Welcome to Aring.. Laluan kenderaan yang lasak..sesuai dan mempersonakan..??

haha...selamat yang 6 dan 10 tu..

berbual dengan mesra di kaunter...sambil merungut... bilik semalam tu teruk la,dik..handset rosak sebab guna plug, tv tak berfungsi, takde towel, air tak panas, ..

ermmmm...bese la tu, bilik RM50.00..jawab adik tu dengan muka gedebe...huhu...

takpe la, semua dah selesai..dapat jugak tengok England lawan Jerman.walaupun delay.

hehe..

selamat hari Isnin.

Sunday, June 27, 2010

Perjalanan dan Terus Berjalan...

Ahad pagi...keluar lagi...untuk mencari rezeki...

ke Puncak Jalil...angkat baju..

ke Pandan Perdana..angkat staff...

ke Gmusang...jalan2..cari rezeki...

bertapa di Inn...tv nya tiada remote, hampir hendak dikarate tv itu..

tiada tuala mandi..aku guling2 kat selimut lepas mandi..

plug yang overpower...rosak charger hset aku..

akhirnya laptop juga peneman..

mrs haizum ke selatan..terpisah 613 km...jauhnya...aduiiisss

Saturday, June 26, 2010

26 Jun 2010

Hujung minggu time sesuai untuk santai. Ramai wargakota yang tak pulang ke kampung, memilih untuk ke komplek membeli-belah atau ke pusat rekreasi. Mana boleh tahan hari-hari jammed, hujung minggu memerap kat rumah je, beku minda.
Jadi, sabtu, lepas ‘daftar Program Master di UUM Kampus KL, aku,wife dan ipar gerak la ke Wangsa Walk. Lepas layan BBQ Chicken, kami pun gerak ke TGV Cinema, sebelah bowling. Tengok cerita apa yang ada. Memandangkan banyak cerita tak menarik hati, aku cadangkan cerita FROZEN, Nampak macam cerita menarik, mungkin storyline seperti Volcano ke, Day After Tomorrow ke..
Mula wayang jam 5petang,masuk pun silap sebab biasa di GSC, kaunter tunjuk wayang di depan, di TGV lain pula, wayang di belakang (semasa pilihan seat beli tiket). Jadi, filem pun dah mula tayang, kami terlepas permulaan. Jalan cerita tentang 3 pelakon (Emma Bell, Kevin Zieger dan Shawn Ashmore – Semua pun aku tak kenal sangat), pergi untuk aktiviti ski di kawasan gunung – pada sesiapa di luar Negara pasti ada pengalaman nie.
Dipendekkan cerita, 3 orang ni sudah minta kebenaran secara paksa kepada penjaga kawalan pusat ski untuk ‘layan’ lagi sekali, sedangkan operasi nak tutup. Paksa punya paksa, terpaksa la encik penjaga tu benarkan, jadi depa 3 orang ni seronok la, masa tu dah malam, dan Ahad. Menurut jalan cerita, pusat tu akan tutup pada Ahad dan buka semula pada Jumaat lepas. Tinggallah depa 3 orang main. Semasa di kereta kabel – on the way to peak – kereta kabel sudah ‘stop’ – 3 orang ni jangka ‘stuck’ je, padahal encik penjaga ni silap faham – ingatkan 3 orang ni dah turun dari lokasi. Maka, disebabkan ribut salji dan taknak terperangkap selama seminggu di atas kereta kabel, sorang sudah terjun untuk S.O.S – tapi cara terjun salah – terkeluar la tulang kaki. Then, serigala / coyote telah serang. Tinggal la 2 orang lagi. Esok sorang lagi dapat turun – selepas bergayut di tali – tapi turun je terus kena attack dengan haiwan tu. Sorang plak dapat turun selepas – gerabak jatuh – tapi tercedera pulak. Yang penting, ending cerita seorang selamat.
Beberapa perkara aku rasa cerita ini simple – kenapa gerabak senang rosak, kenapa tiada checklist bagi pengguna pusat ski (check in and out), kenapa haiwan tu senang datang serang je – maksudnya semasa pusat tu pun beroperasi, serangan masih boleh berlaku, kenapa tiada cara lain untuk selamat diri – ikat baju di kabel dan bergayut – berbanding terjun or sangkut tangan, kenapa pelakon dan babak / latar belakang sedikit sangat, kenapa tiada teknologi SMS / Pager?
Walaubagaimanapun, cerita tetap enjoy sebab aku tidak pernah main salji…hehe..best la.. yang pasti, pada sesiapa yang ingin menonton pastikan minda anda terkawal bahawa setiap kemalangan yang membabitkan darah adalah teknolgi / solekan, supaya anda tidak terbawa-bawa dengan adegan yang agak sensitive / ekstrem ( tulang patah/cara jatuh/ serangan haiwan/tangan koyak).

Thursday, June 3, 2010

... Blog

Tahun 2004 aku dah mula tulis blog.Masa tu di zaman universiti, kebetulan aku kerja part time di makmal komputer jadi banyak masa di depan PC sahaja.

Aku kerja part time tu sebab desakan hidup la. PC aku dah kena curi masa Sem 1, jadi hati tak sedap la, sebab PC parent yang beli. Aku berazam untuk ganti balik dan pastikan ada duit untuk beli baru.

Jadi kerja la part time. Kerja tak susah,1 bulan boleh la dapat sampai RM200.00 ke RM300.00. Kalau ada claim pun aku buat.Hehehe..

Tapi, aku tak tau la ke mana blog aku tu. Tak rajin la...Aduiss..Teruk masalah nie...

Sape boleh tolong...?

Wednesday, June 2, 2010

Palestin..

...www.inminds.co.uk...

jadikan laman web ini sebagai rujukan maklumat keamanan dunia..

Berjalan dan terus berjalan

Paloh....

Parit Buntar...

Changlun....

Port Dickson...

Seerting...

Muadzam..

Melaka..

and.. Sarawak..


....rupanya aku ni suke berjalan.. nasib bek dapat kerja awal..

tak tau pulak bekerja sambil berjalan best..

walaubagaimanapun, menulis diari di papan komputer bukan bidang aku...

kejap ada, kejap tiada, kejap ade, kejap tiada, kejap tiada, kejap tiada, kejap tiada...

hehehe..