Saturday, June 26, 2010

26 Jun 2010

Hujung minggu time sesuai untuk santai. Ramai wargakota yang tak pulang ke kampung, memilih untuk ke komplek membeli-belah atau ke pusat rekreasi. Mana boleh tahan hari-hari jammed, hujung minggu memerap kat rumah je, beku minda.
Jadi, sabtu, lepas ‘daftar Program Master di UUM Kampus KL, aku,wife dan ipar gerak la ke Wangsa Walk. Lepas layan BBQ Chicken, kami pun gerak ke TGV Cinema, sebelah bowling. Tengok cerita apa yang ada. Memandangkan banyak cerita tak menarik hati, aku cadangkan cerita FROZEN, Nampak macam cerita menarik, mungkin storyline seperti Volcano ke, Day After Tomorrow ke..
Mula wayang jam 5petang,masuk pun silap sebab biasa di GSC, kaunter tunjuk wayang di depan, di TGV lain pula, wayang di belakang (semasa pilihan seat beli tiket). Jadi, filem pun dah mula tayang, kami terlepas permulaan. Jalan cerita tentang 3 pelakon (Emma Bell, Kevin Zieger dan Shawn Ashmore – Semua pun aku tak kenal sangat), pergi untuk aktiviti ski di kawasan gunung – pada sesiapa di luar Negara pasti ada pengalaman nie.
Dipendekkan cerita, 3 orang ni sudah minta kebenaran secara paksa kepada penjaga kawalan pusat ski untuk ‘layan’ lagi sekali, sedangkan operasi nak tutup. Paksa punya paksa, terpaksa la encik penjaga tu benarkan, jadi depa 3 orang ni seronok la, masa tu dah malam, dan Ahad. Menurut jalan cerita, pusat tu akan tutup pada Ahad dan buka semula pada Jumaat lepas. Tinggallah depa 3 orang main. Semasa di kereta kabel – on the way to peak – kereta kabel sudah ‘stop’ – 3 orang ni jangka ‘stuck’ je, padahal encik penjaga ni silap faham – ingatkan 3 orang ni dah turun dari lokasi. Maka, disebabkan ribut salji dan taknak terperangkap selama seminggu di atas kereta kabel, sorang sudah terjun untuk S.O.S – tapi cara terjun salah – terkeluar la tulang kaki. Then, serigala / coyote telah serang. Tinggal la 2 orang lagi. Esok sorang lagi dapat turun – selepas bergayut di tali – tapi turun je terus kena attack dengan haiwan tu. Sorang plak dapat turun selepas – gerabak jatuh – tapi tercedera pulak. Yang penting, ending cerita seorang selamat.
Beberapa perkara aku rasa cerita ini simple – kenapa gerabak senang rosak, kenapa tiada checklist bagi pengguna pusat ski (check in and out), kenapa haiwan tu senang datang serang je – maksudnya semasa pusat tu pun beroperasi, serangan masih boleh berlaku, kenapa tiada cara lain untuk selamat diri – ikat baju di kabel dan bergayut – berbanding terjun or sangkut tangan, kenapa pelakon dan babak / latar belakang sedikit sangat, kenapa tiada teknologi SMS / Pager?
Walaubagaimanapun, cerita tetap enjoy sebab aku tidak pernah main salji…hehe..best la.. yang pasti, pada sesiapa yang ingin menonton pastikan minda anda terkawal bahawa setiap kemalangan yang membabitkan darah adalah teknolgi / solekan, supaya anda tidak terbawa-bawa dengan adegan yang agak sensitive / ekstrem ( tulang patah/cara jatuh/ serangan haiwan/tangan koyak).

No comments:

Post a Comment