Thursday, September 30, 2010

Lawatan Orang Sakit

Pagi tadi keluar ofis melawat rakan sepejabat yang selesai dibedah beberapa minggu lepas.

Pembedahan di bahagian kepala amat sensitif kerana ia melibatkan banyak saraf dan sambungan ke seluruh badan. Kesilapan walaupun dalam kadar sedikit mampu memberi kesan mendalam kepada fungsi anggota atau deria badan.

Beliau ini - sebelum dibedah - seorang yang periang, happy go lucky dan simple - rajin berniaga dan disenangi. Khabarnya dia duduk serumah dengan bos syarikat masa bujang dulu.

Sewaktu lawatan tadi, 4 topik yang beliau sebut - kuih, keris, kolam renang dan pecah pejabat - semuanya tiada kena mengena dengan apa yang kami ingin bualkan - nampaknya beliau masih berkonflik dengan apa ingin dikata serta difikir dalam minda.

Pandangan beliau juga tidak sesegar tika belum dibedah.

Harapnya Bang Nuar cepat sembuh dan bertugas seperti sediakala. Jika itu takdir untuk beliau, semoga beliau dan keluarga tabah sangat.

Sedihnya tengok orang tak sihat, diberi dugaan dan ditarik seketika nikmat fikiran, kesihatan, pandangan, pergerakan...

Wednesday, September 29, 2010

Selamat Bersukan


Minggu depan syarikat cadang anjur carnival sukan tahunan, jadi setiap petugas telah dibahagikan kepada 2 pasukan. Nama kontinjen nama klon sawit. Peranan aku jadi tuan tulis. Kerja-kerja kebajikan ni memang menarik, yang tak menarik bila jumpa ramai kaki komplen je, tapi bila suruh buat kerja, haram pun tarak – cakap berabuk, tapi takpe..tu adat manusia kan..tiada siapa yang sempurna. Maafkanla mereka dan aku sekali…hehe..
Harini ada latihan badminton, bola tampar, takraw, bolwing dan ping pong. AKu ni pun bukan kaki sukan pun. Jadi pemerhati ni pun boleh je..
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengadakan Karnival Sukan.
1. Setup AJK dan Portfolio.
2. Book tempat dan tarikh.
3. Kenalpasti sukan.
4. Buat bajet.
5. Pastikan ada hadiah dan cabutan bertuah.
6. Sediakan la paling cikai pun tshirt – selain topi dan beg.
7. Makan minum mesti ada – kering tekak nanti.
8. VIP pun kena jemput, kena layan jugak.
9. Promosi mesti ada … kalau tak, hambar je..kad jemputan jangan lupa..Banner, banting..
10.Provokasi pun mesti jalan… lemau je la kalau takde bakar line..
Apa-apa hal pun selamat bersukan..10,000 langkah 1 hari untuk gaya hidup sihat..naik tangga, parking kereta jauh dari pintu market..

Sunday, September 26, 2010

Selamat Hari Raya Edisi Ketiga

....aku pun malas nak tulis..banyak sangat rumah pergi...yang penting raya yang happening....


selamat hari raya semua...

aku takde point nk tulis...

membeli-belah...aduiii..nasib baik bawa laptop sana-sini...

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Edisi Kedua

Sehari Sebelum Raya..

Masuk Pejabat Lagi..tapi pukul 10 dah cabut..isi minyak penuh-penuh..isi angin tayar..basuh kereta..biar takde kasut raya asal kereta berkilat....huhu..
Tahun pertama turn isteri..jadi city boy la dulu...hehe

Pagi Raya..

Sedap la hujan mencurah awal pagi raya..siap terlajak lagi pagi...nasib baik sempat pergi solat raya...jadi pembonceng je..ramai juga orang dah beraya..memang meriah..tapi ramai lagi aku tak kenal..huhu...then, pegi solat jumaat..dapat relief..hehe.pastu pegi beraya 3 rumah..petang hujan lagi...hehe..

Raya kedua..

Jam 9.30 gerak ke Kay Pee...jalan ok..lepas LEKAS bertembung dari Seremban, LEKAS dan Senawang dah start jam..lastnya masuk Sri Menanti keluar Senaling...sampai rumah jam 1.30 hari..family cousin Azmir dah sampai...selamat hari raya..time petang datang pulang kawan-kawan Angah..

Raya Ketiga

Hari raya dengan kawan-kawan..rumah Khalis, Azizul, Intan, Mdm Mariam, Ms Maimon, Azmir, Helmi, Ifq, Wan Reah..huhu..raya sakan..malam pulak diorang pulak raya rumah aku..hehe..gambar upload lepas raya..hehe..siangnya fam cousin Kak Azah datang..and fam Mak Long pun datang..meriah2..

Raya Keempat..

Baru nak gerak ke Seremban, mak Ngah pulak call, kata nak datang..skip satu rumah..
diorang sampai jam 12.00 thari, sekali datang fam Pak Cik Ajid..lagi la meriah..hehehe..

Update akan datang...Edisi ke 3.

Thursday, September 9, 2010

Argentina 4 -1 Sepanyol


huhu...

kelakar la gol Jose Reina..



apa pun ni..ni perlawanan persahabatan sahaja dan Spain bukan tak try langsung, cuma tiada rezeki dan Spain bukan turunkan first eleven...hehehe

Cuti Sakan

Sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai suami orang ini, saya akan menutup kedai selama seminggu bagi mengambil kesempatan mengunjungi saudara mara dan rakan taulan.

Akan ke Gombak, Kuala Pilah, Melaka, Taiping, Kuala Lumpur - Keramat, Ampang, Seremban, Petaling Jaya, Ipoh, dan insyaAllah Subang.

Selamat Hari Raya Semua...

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....

Jangan Main Mercun
Jangan Makan Lemang Orang
Jangan Tak Kasi Duit Raya
Jangan Makan Lebih-lebih
Jangan Duduk Depan TV je...
Jangan Pandu Laju-laju
Jangan Pandu Potong Line
Jangan Tak Lawat Sedara
Jangan Boros..
Jangan Lupa Kerja..
Jangan Lupa UPSR,PMR dah dekat..
Jangan Pakai Tak Lawa
Jangan Buat Maksiat..

Akhir kata, jangan tak sambut raya....selamat hari raya

Monday, September 6, 2010

Peraduan Gatorade ...

Kebetulan isi minyak di Pusat Minyak Negara...ternampak peraduan Gatorade...sebat 7 borang..

semoga saya dan keluarga mendapat rezeki...

selamat hari raya..

Iklan TV3

Iklan TV3 dikatakan kontroversi.memang boleh diterima kerana mengadunkan pelbagai sudut keagamaan dan imaginasi..dan telah diberi komen oleh pelbagai pihak...kenapa tak guna Adibah Noor lagi ye tahun nie?

tapi, yang tak manisnya,nape perlu kaitkan isu iklan raya TV3 dengan politik..pada aku, yang salah tetap salah, tetapi apa kaitan dengan politik..betapa sempit dan dangkalnya fikiran sesetengah orang kita...menangguk di air keruh..menyatakan TV3 sebagai alat kerajaan atau ideologi 1Malaysia serupa memfitnah orang..

Aku bukan nak sebelah sape2...tapi, memang tak sesuai buat macam tu..

semoga hari raya ini semua orang melayu kembali bersatu dan tiada umpat mengumpat, salah menyalah antara satu sama lain. Hari Raya Aidilfitri - pulang kepada fitrah manusia...Selamat Hari Raya.