Wednesday, September 29, 2010

Selamat Bersukan


Minggu depan syarikat cadang anjur carnival sukan tahunan, jadi setiap petugas telah dibahagikan kepada 2 pasukan. Nama kontinjen nama klon sawit. Peranan aku jadi tuan tulis. Kerja-kerja kebajikan ni memang menarik, yang tak menarik bila jumpa ramai kaki komplen je, tapi bila suruh buat kerja, haram pun tarak – cakap berabuk, tapi takpe..tu adat manusia kan..tiada siapa yang sempurna. Maafkanla mereka dan aku sekali…hehe..
Harini ada latihan badminton, bola tampar, takraw, bolwing dan ping pong. AKu ni pun bukan kaki sukan pun. Jadi pemerhati ni pun boleh je..
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengadakan Karnival Sukan.
1. Setup AJK dan Portfolio.
2. Book tempat dan tarikh.
3. Kenalpasti sukan.
4. Buat bajet.
5. Pastikan ada hadiah dan cabutan bertuah.
6. Sediakan la paling cikai pun tshirt – selain topi dan beg.
7. Makan minum mesti ada – kering tekak nanti.
8. VIP pun kena jemput, kena layan jugak.
9. Promosi mesti ada … kalau tak, hambar je..kad jemputan jangan lupa..Banner, banting..
10.Provokasi pun mesti jalan… lemau je la kalau takde bakar line..
Apa-apa hal pun selamat bersukan..10,000 langkah 1 hari untuk gaya hidup sihat..naik tangga, parking kereta jauh dari pintu market..

No comments:

Post a Comment