Pagi tadi keluar ofis melawat rakan sepejabat yang selesai dibedah beberapa minggu lepas.
Pembedahan di bahagian kepala amat sensitif kerana ia melibatkan banyak saraf dan sambungan ke seluruh badan. Kesilapan walaupun dalam kadar sedikit mampu memberi kesan mendalam kepada fungsi anggota atau deria badan.
Beliau ini - sebelum dibedah - seorang yang periang, happy go lucky dan simple - rajin berniaga dan disenangi. Khabarnya dia duduk serumah dengan bos syarikat masa bujang dulu.
Sewaktu lawatan tadi, 4 topik yang beliau sebut - kuih, keris, kolam renang dan pecah pejabat - semuanya tiada kena mengena dengan apa yang kami ingin bualkan - nampaknya beliau masih berkonflik dengan apa ingin dikata serta difikir dalam minda.
Pandangan beliau juga tidak sesegar tika belum dibedah.
Harapnya Bang Nuar cepat sembuh dan bertugas seperti sediakala. Jika itu takdir untuk beliau, semoga beliau dan keluarga tabah sangat.
Sedihnya tengok orang tak sihat, diberi dugaan dan ditarik seketika nikmat fikiran, kesihatan, pandangan, pergerakan...
No comments:
Post a Comment