Wednesday, April 28, 2010

Suatu Petang...Lepas Kerja

Hari ini aku nak ajak korang berimaginasi. Yang baik-baik je tau.

Petang. Lepas pukul 5.15. Hari kerja.Sepanjang Jalan Tun Razak. Kenderaan berpusu-pusu untuk pulang. Pemandu sedang mengeluh keletihan. Motor mencelah-celah macam badan yang elastic.

Situasi 1
Dari belakang. Jauh.Kelihatan 2-3 bijik motorsikal polis trafik laju. Mara ke hadapan. ‘Beri laluan’.’Tot’…Semua kenderaan ke tepi. Laju.Sangat laju. Perjalanan lancar. Polis dapat bergerak dengan pantas. Diikuti dengan kenderaan yang kelihatan penting. Juga laju.Dan lancar.Tidak terpengaruh dengan kesesakan. Macam lalu di lebuhraya yang sangat sepi dan sunyi. Kemudian diiringi mat rempit di belakang kenderaan penting itu. Turut kelihatan seperti pengiring. Tidak rasmi.

Situasi 2
Dari belakang. Kelihatan van.Tanpa motor pengiring. Menyala-nyalakan lampu sambil bunyi siren kedengaran. Kenderaan tidak berganjak. Ada juga sedikit yang memberi ruang, Tetapi masih tidak cukup untuk van lepas. Mungkin penumpang van tidak penting. Tidak perlu pengiring.

…..Satu Malaysia….Rakyat didahulukan..Pencapaian Diutamakan..

Main bola sepak..

24 April 2010.Pulapol. Syairkt kelapa sawit main bola sepak.Hantar la 1 team. Nak 12 orang. Yang datang 8 orang. Lepas 1 game, masing-masing dah macam nafas lembu je..huhu..ape2 hal pun, macam resolusi keluar lepas main, yang akan dibentangkan dalam mesyuarat post morterm.

Bagi aku, latihan berterusan dan komitmen dah cukup. Aku cuba untuk 3 asas utama yang perlu dikuasai iaitu:
a- Fit – badan mesti fit, kalau aku ni jenis melayang-layang – jadi, kena la makan banyak dan pegi gym.huhu.
b- Stamina – nasib baik dapat seorang ahli sukan – insyaAllah 1 fak akan kendali program pembangunan sukan dengan baik.
c- Skill – main bola kalau takde skill, serupa macam budak tadika main, sepak bola entah ke mana, bentes ikut suka hati.

InsyAllah 2011 adalah tahun untuk menyinar.

Merancang

Merancang
Merancang adalah langkah pertama dalam melaksanakan sesuatu. Pepatah mengatakan – gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Banyak teori-teori dalam mencapai kejayan dimulakan dengan perancangan.
Dalam syarikat yang aku duduk ni, menulis dan menyatakan sesuatu dalam bentuk bertulis adalah satu perkara yang jarang, manakala yang suka secara verbal lebih ramai. Idea memang banyak, tetapi bila nak terjemah kepada minit, manual, SOP, semua tolak menolak. Agaknya orang takut dengan fakta. Orang takut bila hasil tulisan dan idea jadi rujukan orang lain. Takut dengan kritikan, komen dan pandangan orang.
Hasilnya, bila sesuatu idea tidak ditulis, perjumpaan seterusnya, akan cerita yang sama. Berulang-ulang. Bila ada masalah, tidak boleh cari jalan penyelesaian sedangkan masalah dah pernah ditangani sebelum ini.
Tak kira syarikat kecik, besar ke, persatuan nyamuk atau berangkaian global, penulisan fakta sangat penting.

Mari menulis…..

Saturday, April 17, 2010

The Mentalist

Antara hadiah hantaran masa perkahwinan aku –Full Version The Mentalist Part 1. Korang jangan gelak ek,hohoho.aku yang pilih untuk hantaran ni.murah dan berbaloi la,. Jadi, disebabkan tekanan kerja yang bertambah, DVD ni jadi teman aku sejak beberapa hari yang lepas. Addict. Dari 1 episod ke 1 episod, akhirnya tak sampai 2 minggu, separuh version aku dah tengok.

The Mentalist ni mengisahkan mamat Patrick Jane yang berkebolehan untuk bermain – main dengan pemikiran orang. Kebolehan ni boleh diasah, yang penting kita cekap berfikir, prihatin dan kuat ingatan. Semua orang boleh cuba. Berdasar unit penyiasatan CBI – California Bureau of Investigation, dengan ketua Lisbon, rakan-rakan Cho, Rigsby dan Pelt membuatkan aku jadai ketagih nak tengok. Memang banyak cerita full version – penyiasatan yang popular tapi yang ni pelik sikit.
Dulu ada tayang kat ntv7 – Yeke?sapa boleh betulkan..huhu..drama ni pun kurang atau tiada kisah percintaan + penyiasatan yang menjelikkan.Maaf dikata. Tapi dah sampai masa untuk kita tengok cerita sambil berfikir.
Aku tengah tunggu untuk version seterusnya…ada ke.?

Friday, April 16, 2010

ICC - Inovation and Creative Circle

Last 3 days I went to ICC Course.Masa 2009, aku terlibat dengan 2 projek ICC ni, tapi tak dapat pendedahan yang terperinci,jadi kali ni, jabatan dah pilih untuk jadi pemudahcara bagi projek akan datang.
Secara asasnya, ICC ni dipelopor oleh Edward Deming (ye ke?)…QCC vs ICC plak..ICC ni Inovation Creative Circle.Kalau di Malaysia, agensi berkaitan adalah Malaysia Productivity Circle @ Council, boleh la refer pada Website diorang untuk tahu lebih lanjut aktiviti, perkembangan dan peraturan yang berkaitan ICC.
Dalam ICC, pihak2 terlibat adalah Jawatankuasa Pemandu, Pemudahcara dan Kumpulan sendiri. Kitaran pengurusan ICC adalah PDCA.
P – Plan
D- Do
C – Check
A- Action
Sebenarnya ICC ni untuk capai matlamat sesebuah badan, mesti berhadapan dengan masalah. Masalah terdiri daripada 2 – boleh diselesaikan secara terus / senang dan masalah yang rumit / berangkai. Jika masalah itu senang diselesaikan, tak perlu la guna kaedah ICC, selesai je la straight forward. Bagi masalah yang complicated dan berskala kecil, ICC adalah kaedah yang sesuai.
Bagi aspek plan, jika kita stuck dalam sesebuah masalah, kita perlu buat perbandingan / perbezaan dengan badan2, entity yang mengalami masalah yang hampir sama dan semak kaedah penyelesaian mereka. Selain itu, melalui perbincangan kumpulan / undian / brainstorming / affinity diagram / undian analysis , kita boleh mencari masalah2 yang ingin diperbetulkan, dengan syarat sebelum perjumpaan, ahli mesyuarat perlu diperjelaskan skop perbincangan agar tidak tersasar / buang masa.
Selepas ketahui senarai masalah, melalui analisis SMART, kita boleh filter masalah yang betul-betul masalah (?).. Kemudian, teknik 5W + 1H digunakan untuk gambar masalah utama yang ingin diselesaikan.
Dalam kaedah ICC juga, kita ada alat-alat Lembaran Semakan / Jadual Kumulatif / Pareto / Benchmarking / Arahan pengurusan / Ishikawa …macam2 lagi..
Penggunaan ICC ni sangat menarik dan menyeronokkan la…
Pada siapa nak belajar kaedah ICC, boleh la call aku untuk diskuss n terangkan ….hehe..

Tuesday, April 13, 2010

Negeri Sembilan Vs Kedah

Semalam aku dan isteri balik kuala pilah. Macam biasa, ikut giliran bulanan balik kampong,Cuma bulan ni cepat sedikit memandangkan minggu hadapan ada lawan bowling dan minggu berikutnya, InsyaAllah lawan bola sepak pula, minggu berikutnya nak bawa keluarga pegi Kota Bharu dan minggu2 seterusnya perlu selesaikan majlis hari keluarga syarikat.
Sepanjang perjalanan, asyik selisih dengan penyokong N9 yang ingin membanjiri Stadium Bukit Jalil, aku beri semangat dengan main lampu dan bunyikan hon. Sekurang-kurangnya ada rasa happening dan feel negeri masuk final. Aku tak sertai final di stadium sebab nak teman ayah aku tengok kat tv, lagi pun isteri aku ni takkan tinggal pulak. Suratkhabar jumaat lepas ada sentuh jualan tiket kurang laris, tetapi malam tadi tengok game, bagus jugak, penonton ramai datang.
Maaf kata la, penyokong N9 ni jenis silent fan, tak havoc macam Kedah, Selangor atau Kelantan… diorang ni relax je walaupun masuk final ke, menang piala ke, termasukla aku… tapi aku rasa fenomena ni akan bertambah positif apabila N9 dah jadi kuasa bola sepak Malaysia (insyaAllah…hehehe)…sebabnya penyokong N9 ni Nampak macam belajar cara nak jadi die hard fan..belajar buat Mexican wave..belajar buat big banner…and so on…takpe, yakin boleh..huhuhu..apa pun kali terakhir aku pegi stadium ialah pada Sukma Final N9 lawan Johor ..N9 menang emas ..1 – 0..datang stadium pun sebab free…huhuhu..teruk betul aku…korang fan N9 jangan ikut macam aku…Hoben Jang Hoben…
Then, while game was play, aku and wife went to Econsave (their tagline is bandingkan harga kami…huhuhu)…to buy something for rumah Pilah..aku pun tak sedar game dah main 45 minit. When drop by at Select, my wife told me N9 left 0 -1 …huhu…aku relax je sebab masa main dengan Selangor, N9 got luck to qualify…
Balik rumah, take a dine, terus dok depan TV, baru mula 2nd half, aku tengok game Kedah lebih terbuka dan serangan lebih merbahaya compare with N9, tapi dalam hati sabar je. Tengok pertahanan N9 buat clearance pun cam serba tak kena je. Pastu masuk ET 1 dan 2, permainan 2dua team bertambah rancak, mungkin taknak main penalty. Main penalty ni boleh kena sakit jantung ooo…takpun sakit hati. Cuba recall semula apa terjadi semasa penalty John Terry (Chelsea) ambil semasa game Champion League, bukan salah dia, disebabkan rumput yang tak rata, dia pun sepak tak betul, then bola tersasar…..(by the way, im not Chelsea fan..)
Akhirnya, melalui penalty , N9 menang 5 – 4 …walaupun 2 kali ketinggalan, namun kesilapan pemain Kedah membayar kekurangan yang dimiliki oleh pasukan N9… bagi aku, dari segi permainan Kedah lebih baik, tetapi dari nasib dan rezeki, N9 berhak memiliki apa yang dimenangi pada 11 April 2010 – gelaran Juara Piala FA. Walaupun ada pihak, beranggapan piala ini sebagai sampingan, tetapi kami penyokong N9 amat bersyukur dengan kejuaraan ini. Semoga kejuaraan lain akan menyusul dengan Stadium Paroi menjadi tapak gelanggang yang digeruni bagi pasukan –pasukan lain yang bertandang.
Ayuh sokong N9…Hoben Jang Hoben…