Wednesday, April 28, 2010

Merancang

Merancang
Merancang adalah langkah pertama dalam melaksanakan sesuatu. Pepatah mengatakan – gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Banyak teori-teori dalam mencapai kejayan dimulakan dengan perancangan.
Dalam syarikat yang aku duduk ni, menulis dan menyatakan sesuatu dalam bentuk bertulis adalah satu perkara yang jarang, manakala yang suka secara verbal lebih ramai. Idea memang banyak, tetapi bila nak terjemah kepada minit, manual, SOP, semua tolak menolak. Agaknya orang takut dengan fakta. Orang takut bila hasil tulisan dan idea jadi rujukan orang lain. Takut dengan kritikan, komen dan pandangan orang.
Hasilnya, bila sesuatu idea tidak ditulis, perjumpaan seterusnya, akan cerita yang sama. Berulang-ulang. Bila ada masalah, tidak boleh cari jalan penyelesaian sedangkan masalah dah pernah ditangani sebelum ini.
Tak kira syarikat kecik, besar ke, persatuan nyamuk atau berangkaian global, penulisan fakta sangat penting.

Mari menulis…..

No comments:

Post a Comment