Semalam aku dan isteri balik kuala pilah. Macam biasa, ikut giliran bulanan balik kampong,Cuma bulan ni cepat sedikit memandangkan minggu hadapan ada lawan bowling dan minggu berikutnya, InsyaAllah lawan bola sepak pula, minggu berikutnya nak bawa keluarga pegi Kota Bharu dan minggu2 seterusnya perlu selesaikan majlis hari keluarga syarikat.
Sepanjang perjalanan, asyik selisih dengan penyokong N9 yang ingin membanjiri Stadium Bukit Jalil, aku beri semangat dengan main lampu dan bunyikan hon. Sekurang-kurangnya ada rasa happening dan feel negeri masuk final. Aku tak sertai final di stadium sebab nak teman ayah aku tengok kat tv, lagi pun isteri aku ni takkan tinggal pulak. Suratkhabar jumaat lepas ada sentuh jualan tiket kurang laris, tetapi malam tadi tengok game, bagus jugak, penonton ramai datang.
Maaf kata la, penyokong N9 ni jenis silent fan, tak havoc macam Kedah, Selangor atau Kelantan… diorang ni relax je walaupun masuk final ke, menang piala ke, termasukla aku… tapi aku rasa fenomena ni akan bertambah positif apabila N9 dah jadi kuasa bola sepak Malaysia (insyaAllah…hehehe)…sebabnya penyokong N9 ni Nampak macam belajar cara nak jadi die hard fan..belajar buat Mexican wave..belajar buat big banner…and so on…takpe, yakin boleh..huhuhu..apa pun kali terakhir aku pegi stadium ialah pada Sukma Final N9 lawan Johor ..N9 menang emas ..1 – 0..datang stadium pun sebab free…huhuhu..teruk betul aku…korang fan N9 jangan ikut macam aku…Hoben Jang Hoben…
Then, while game was play, aku and wife went to Econsave (their tagline is bandingkan harga kami…huhuhu)…to buy something for rumah Pilah..aku pun tak sedar game dah main 45 minit. When drop by at Select, my wife told me N9 left 0 -1 …huhu…aku relax je sebab masa main dengan Selangor, N9 got luck to qualify…
Balik rumah, take a dine, terus dok depan TV, baru mula 2nd half, aku tengok game Kedah lebih terbuka dan serangan lebih merbahaya compare with N9, tapi dalam hati sabar je. Tengok pertahanan N9 buat clearance pun cam serba tak kena je. Pastu masuk ET 1 dan 2, permainan 2dua team bertambah rancak, mungkin taknak main penalty. Main penalty ni boleh kena sakit jantung ooo…takpun sakit hati. Cuba recall semula apa terjadi semasa penalty John Terry (Chelsea) ambil semasa game Champion League, bukan salah dia, disebabkan rumput yang tak rata, dia pun sepak tak betul, then bola tersasar…..(by the way, im not Chelsea fan..)
Akhirnya, melalui penalty , N9 menang 5 – 4 …walaupun 2 kali ketinggalan, namun kesilapan pemain Kedah membayar kekurangan yang dimiliki oleh pasukan N9… bagi aku, dari segi permainan Kedah lebih baik, tetapi dari nasib dan rezeki, N9 berhak memiliki apa yang dimenangi pada 11 April 2010 – gelaran Juara Piala FA. Walaupun ada pihak, beranggapan piala ini sebagai sampingan, tetapi kami penyokong N9 amat bersyukur dengan kejuaraan ini. Semoga kejuaraan lain akan menyusul dengan Stadium Paroi menjadi tapak gelanggang yang digeruni bagi pasukan –pasukan lain yang bertandang.
Ayuh sokong N9…Hoben Jang Hoben…
No comments:
Post a Comment