1. Pendakwah bebas berbangsa Cina diberi 'sijil tauliah' untuk berceramah di surau. Tahniah.
2. Negara jiran mahukan negara jirannya mohon maaf angkara tangkap dan 'treat inhumanity' their officers - kesalahan - memasuki sempadan negara asing. Handcuffed dan pakai baju penjara - tiada kemanusiaan.
3. Komentar @ kompas - Perusahaan Malaysia membabat hutan-hutan di negara jirannya dengan rakus - tiada data asas / tiada nama perusahaan / tiada gambar kebabatan yang berlaku - menulis tetapi takut kepada kebenaran - tulislah di blog sahaja - malahan bloggers lebih berani dari wartawan caplos itu..
4. Komentar @ kompas - Dari 2007 - 2010, ramai rakyat negara jiran dihukum gantung di Malaysia . Malaysia negara hukum gantung? Ayam gantung ada la. Bagi sesebuah negara yang mengamalkan perundangan syariah dan common law, semua pendengaran dan keputusan kes akan dibuku dan disimpan sebagai rujukan kepada kes akan datang. Malaysia bukan amal undang-undang hutan dan beruk dimana najis / dan buluh runcing menjadi hakim dan hukuman. Maka, jika membuat kenyataan di akhbar, sila bersedia dengan hujah dan bukti - jaga hati jiran dan jangan jadi kurang ajar.
5. Bapa sembelih anak, atuk rogol cucu.
6. Sime Darby distruktur kepada 6 division - contoh M & A terbaik bagi syarikat global lain.
7. Arsenal 6-0, Chelsea 6 - 0 (2 kali), Newcastle pun 6 - 0 , yang penting Blackpool (4 - 0) dengan Wigan tetapi WIgan menang away dengan pesaing Inter Milan (Champion League) iaitu Tottenham Spurs. Betul kot orang kata, kalau bercakap dengan orang tak pandai, kita pun sama jadi tak pandai, dan vice versa.
...Setiap orang pasti ada sisinya yang lain, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Malahan empunya diri kadang kala keliru dengan sisi hidupnya itu......
Sunday, August 29, 2010
Aktiviti Terkini
1. Dah publish senarai e-book yang dijual...boleh browse laman web cyberbeez.
2. Sedang dapatkan info barangan luar negara..jika berjalan lancar...boleh uploada data yang ditawarkan..
3. Kandungan CD masih dalam 90%...'kaki' dah makin ramai untuk jadi pengedar..target untung bersih - RM5,000.00 (RM5.00 * 1,000). Jika lebih Alhamdulillah.
4. Enter peraduan - setakat ni dah 17 peraduan telah update - menjelang hujung Sept - 15 peraduan telah dan akan tamat.
5. Senarai newspaper untuk foreign labour telah update - tetapi belum disemak secara menyeluruh dan telus. Masih di peringkat 20%
6.Iklan Igetworld telah mula edar. Mungkin tidak berapa berkesan.Tetapi, cuba sahaja.

Selamat Hari Merdeka
ermmm...dah berapa hari tak update e-diary nie..
rasanya sejak puasa lagi..
puasa kali ni, beberapa orang yang aku kenali telah meninggal...Cikgu Bade (anaknya kawan sekolah rendah aku-SKKP) a.k.a ahli surau Bukit Temensu@Tembusu, En Usop (ayah Pyan and Hisham - kenal anaknya jugak..selalu lepak time kecik2 sampai kena marah ngan ibu) and the latest, my ustazah ngaji..Wan Alang - Jumaat lepas.. Semuanya ada kenangan tersendiri..semoga roh mereka dicucuri rahmat..tapi kenapa cucur ek..sapa ada penerangan boleh la tag - kenapa kait dengan cucur..

Sunday, August 15, 2010
Harga ....

Bulan puasa dah masuk hari ke 4..
macam bese juadah tahunan aku, murtabak, yong tau fu, roti jala, roti john, air tebu, macam2 lagi mesti dalam kepala punya..sebenarnya boleh cari hari biasa jugak, tapi takde ummmph la beli banyak-banyak.. time puasa ni jugak la jumpa artis pun sama niaga..takde yang pelik la, sebab diorang pun manusia jugak, mahukan pendapatan lebih.
Memang dah bape hari ni, dok singgah bazar je aku and wife..bukan malas masak, tapi 2hari di Going Back and 2 days at The Kay Pee.
Aku perasan di The Kp lagi mahal harga makanan, mungkin kebetulan je kot..
contoh : Otak-otak (60 sen berbanding KL 40sen sahaja) atau roti John (4.00 berbanding di KL 3.50).
Takde la besar sangat beza harga tapi pelik gak aku..Kay Pee lagi maju rupanya dalam perlawanan harga antara gerai-gerai..
Selamat berpuasa anyway kepada semua rakan-rakan. Yang ada di oversea jangan sedih-sedih ek..
Monday, August 9, 2010
Akhbar Ahad
Selalunya hari Ahad adalah hari suratkhabar dimana hampir semua akhbar nasional akan dibeli – Harian Metro, Kosmo, The Star, Berita Harian dan Mingguan Malaysia. Aku rasa kebanyakan kita juga buat macam aku, sebab Ahad adalah masa untuk berehat, duduk rumah, bersantai dan mendapatkan info mingguan. Tapi, kebanyakan juga adalah berita yang sama – olahan sahaja yang membezakan. Muka depan juga hampir sama kecuali fakta penting atau sampingan sahaja.
Semalam juga ada 2 cerpen yang aku sempat baca - satu berkenaan rebut makan buah durian dan satu lagi operasi menangkap pesalah yang dikesan menjalan kegiatan subersif. Secara ringan, kisah makan durian, yang aku fahami, adalah diibaratkan penyerahan keluar Singapura dari Malaysia (telah menjadi sejarah) manakala operasi adalah lebih ringkas iaitu – tulisan cendekiawan dahulu jangan disalahtafsir. 2 cerpen yang menarik dan berilmiah – read between the line.

Selamat Berpuasa
Beberapa hari lagi akan tiba 1 Ramadhan. Puasa kali ini sangat teruja bagi aku. Sebab dah jadi suami orang, jadi masa berbuka aku berdua, ada dengan keluarga mertua lagi, nak spend masa dengan keluarga di Kuala Pilah juga.Kalau tahun sebelumnya, tima sahur, kadang kala aku terlajak, ada masa tak bangun sahur, ada masa terlawal sangat bangun. Teringat puasa di zaman university, mesti stay awal kemudian pergi sahur pukul 2-3 pagi, sebab takut tak bangun jam 5 pagi atau bangun time tu, tapi lauk dah abis pula. Kalau time berbuka, zaman Bujang, dekat time berbuka baru terkejar pegi bazaar, lauk yang tinggal ada la kuih tak popular..Huhuhu..
Memang excited puasa dengan isteri…Huhuhu..
Memang excited puasa dengan isteri…Huhuhu..
Saturday, August 7, 2010
NCWO
Aku teman bekan tunang aku g Sime Darby CC semalam. Ada majlis Hari Wanita ke 48 anjuran NCWO. Majoriti tetamu dah tentu wanita la.
Acara seperti biasa - nyanyian, ucapan dan paling penting adalah makan-makan. Semasa majlis juga, dipaparkan slide hala tuju NCWO dalam 5 tahun akan datang dimana satu sesi group brainstorming dah diadakan pada 2 minggu lepas di area yang sama.
Pertemuan seumpama ini pasti menarik perhatian ramai wanita-wanita ternama. Wanita memang dah maju ke hadapan masa kini. Ada satu persembahan malam tu, aku tertarik pada seorang pensyarah yang nampak cool - pertama ku nampak kelibat beliau sebagai seorang pembentang paper dengan begitu serius dan bersemangat sekali, tetapi beliau juga seorang performer yang baik - dari segi nyanyian dan guitarist.. memang tabik la..
Sebagai seorang lelaki, aku rasa kaum aku perlu bersaing juga - persaingan sihat - dimana jika menang, kedua-dua gender pasti akan terima kesan yang positif. Lelaki dan wanita adalah saling bergantung. Tidak dapat tidak, kedua-dua pasti perlu memerlukan kerana ia adalah hukum alam dan disahkan sejak azali lagi. Dalam alQuran juga telah menyatakan manusia ini berpasang-pasangan (Rujuk Surat Azzariyaat - ayat 49).
Untuk lebih lanjut berkenaan pergerakan non-partisan ini, boleh rujuk http://www.ncwomalaysia.org.my/
Viva Kaum Wanita - my mom, my sis, my ex fiancee...semua wanita la...

Thursday, August 5, 2010
Arsenal

Awal minggu ni jabatan aku terima student baru dari Unisel.. ok la, cepat tangkap dan suka bertanya..Student dari Unisel...Lelaki..
Tadi dia tanya aku sokong Arsenal ke sebab tengok di laptop aku ada sticker Arsenal..
Dia pun pakai jersi Arsenal jugak..jacket Arsenal sebenarnya..
Aku pun terpikir juga kenapa Arsenal yang jadi perhatian..
Anyway baju yang ibu aku beli dulu masa form 4 ada logo Arsenal, masa tu aku tak impress sangat pun.. Masa form 4 (or form berapa aku tak ingat), aku ada dapat jersi Manchenster warna putih,masa tu dah start logo Nike, so member aku pun pelik la, siap perli lagi - kalau nak pakai baju ciplak pun agak-agak la..sebab time tu MU jersi Umbro dengan Sharp - kalau salah betul kan ek..sebab aku bukan MU fan..aku pun tak tau time tu main pakai je..
Tahun 2004 sampai sekarang aku baru serius ambil tau serba sedikit tentang Arsenal.. sebab time di univ, kebanyakan student akan lepak malam Sabtu tengok EPL, so aku pun terpikir kenapa tak ramai sokong Arsenal sebab banyak perkara menarik kat Arsenal ni, contoh main free flow, best passing, ramai orang muda. Arsenal pulak kurang ambil pemain ternama tapi bila pemain tu di Arsenal harganya pasti naik.. Cuba tengok Henry, Senderos, Persie, Fabre, Theo...ramai lagi la..
Cuma Arsenal ni under Wenger, ramai player France main dengan diorang...huhu..sedikit bias la..
Apa pun kalau EPL, aku amik Arsenal la..and Arsene Wenger nama macam Arsenal...haha..
Mari Belajar Bahasa Komputer
Sistem akaun develop sendiri, tapi belum stabil, tak guna SAP sepenuhnya. Sistem ini dibangunkan dari Model Power Builder, apa syarikat aku dapat adalah output, jadi nak tau jugak sedikit sebanyak apa tu Power Builder.
Jadi 2-3 hari ni aku sudah mula belajar bahasa kumputer, rupanya banyak la bahasa selain COBOL, PASCAL, C++,Java….sori la kalau salah tulis..
SQL –Structured Query Language, ODBC – Open Database Connectivity, DBMS – Database Management System, PBD – Power Builder, OLE – Object Linking and Embedded, DB, API ,CLI – Call Level Interface…
Secara rumusnya, belajar bahasa computer ini sangat menarik

Subscribe to:
Comments (Atom)