Monday, August 9, 2010

Akhbar Ahad

Selalunya hari Ahad adalah hari suratkhabar dimana hampir semua akhbar nasional akan dibeli – Harian Metro, Kosmo, The Star, Berita Harian dan Mingguan Malaysia. Aku rasa kebanyakan kita juga buat macam aku, sebab Ahad adalah masa untuk berehat, duduk rumah, bersantai dan mendapatkan info mingguan. Tapi, kebanyakan juga adalah berita yang sama – olahan sahaja yang membezakan. Muka depan juga hampir sama kecuali fakta penting atau sampingan sahaja.
Semalam juga ada 2 cerpen yang aku sempat baca - satu berkenaan rebut makan buah durian dan satu lagi operasi menangkap pesalah yang dikesan menjalan kegiatan subersif. Secara ringan, kisah makan durian, yang aku fahami, adalah diibaratkan penyerahan keluar Singapura dari Malaysia (telah menjadi sejarah) manakala operasi adalah lebih ringkas iaitu – tulisan cendekiawan dahulu jangan disalahtafsir. 2 cerpen yang menarik dan berilmiah – read between the line.

No comments:

Post a Comment