Saturday, August 7, 2010

NCWO

Aku teman bekan tunang aku g Sime Darby CC semalam. Ada majlis Hari Wanita ke 48 anjuran NCWO. Majoriti tetamu dah tentu wanita la.

Acara seperti biasa - nyanyian, ucapan dan paling penting adalah makan-makan. Semasa majlis juga, dipaparkan slide hala tuju NCWO dalam 5 tahun akan datang dimana satu sesi group brainstorming dah diadakan pada 2 minggu lepas di area yang sama.

Pertemuan seumpama ini pasti menarik perhatian ramai wanita-wanita ternama. Wanita memang dah maju ke hadapan masa kini. Ada satu persembahan malam tu, aku tertarik pada seorang pensyarah yang nampak cool - pertama ku nampak kelibat beliau sebagai seorang pembentang paper dengan begitu serius dan bersemangat sekali, tetapi beliau juga seorang performer yang baik - dari segi nyanyian dan guitarist.. memang tabik la..

Sebagai seorang lelaki, aku rasa kaum aku perlu bersaing juga - persaingan sihat - dimana jika menang, kedua-dua gender pasti akan terima kesan yang positif. Lelaki dan wanita adalah saling bergantung. Tidak dapat tidak, kedua-dua pasti perlu memerlukan kerana ia adalah hukum alam dan disahkan sejak azali lagi. Dalam alQuran juga telah menyatakan manusia ini berpasang-pasangan (Rujuk Surat Azzariyaat - ayat 49).

Untuk lebih lanjut berkenaan pergerakan non-partisan ini, boleh rujuk http://www.ncwomalaysia.org.my/

Viva Kaum Wanita - my mom, my sis, my ex fiancee...semua wanita la...

No comments:

Post a Comment