Sunday, August 15, 2010

Harga ....



Bulan puasa dah masuk hari ke 4..

macam bese juadah tahunan aku, murtabak, yong tau fu, roti jala, roti john, air tebu, macam2 lagi mesti dalam kepala punya..sebenarnya boleh cari hari biasa jugak, tapi takde ummmph la beli banyak-banyak.. time puasa ni jugak la jumpa artis pun sama niaga..takde yang pelik la, sebab diorang pun manusia jugak, mahukan pendapatan lebih.

Memang dah bape hari ni, dok singgah bazar je aku and wife..bukan malas masak, tapi 2hari di Going Back and 2 days at The Kay Pee.

Aku perasan di The Kp lagi mahal harga makanan, mungkin kebetulan je kot..

contoh : Otak-otak (60 sen berbanding KL 40sen sahaja) atau roti John (4.00 berbanding di KL 3.50).

Takde la besar sangat beza harga tapi pelik gak aku..Kay Pee lagi maju rupanya dalam perlawanan harga antara gerai-gerai..

Selamat berpuasa anyway kepada semua rakan-rakan. Yang ada di oversea jangan sedih-sedih ek..

No comments:

Post a Comment