Sunday, October 31, 2010

2 game hujung minggu

Pada 30 Oktober telah berlangsung 2 games bola iaitu N9 vs Kelantan dan Ars vs West Ham iaitu melibatkan 2 team yang aku tertarik nak tengok atas sebab tertentu.

Pertama game N9 iaitu final Piala Malaysia. Dalam dekad 20an ni N9 telah beberapa kali - jika tidak silap 3 kali ke final - menunjukkan pasukan negeri ini ada talent untuk maju, tetapi beberapa fakta berikut ingin aku kongsi:

1. N9 tiada striker tetap pada kempen kali ini atau sejak dari awal lagi.
2. Kelantan mungkin seteru utama N9 sejak beberapa musim lepas. Hanya N9 dapat tumbangkan team Kelantan di KB.
3.Selain nasib yang tidak sebelahi, N9 kelihatan tidak boleh retain kelebihan yang ada - da;am 2 game terakhir iaitu di Paroi, masa n9 lead 2-0, kelantan masih boleh levelled to 2-2 as ended game. Selain di Johor FC GAME, n9 nasib ke final.
Apa pun N9 berpeluang untuk pergi jauh sebagai kuasa besar bola sepak Malaysia dengan syarat ada backup berterusan - pemain muda dan pasukan pengurusan PBNS yang bermatlamat dan ada visi. Kredit untuk team Kelantan yang pandai ambil peluang serta pasukan N9 yang mampupergi sejauh ini walaupun tanpa pemain penyerang.




Bagi game Arsenal. menang lagi 1-0 walaupun agak sukar menembusi gol West Ham yang dikawal oleh Rober Green, kelihatan dengan peluang yang terhidang mungkin boleh belasah, tapitakpe, yang penting menang.

Trip To Sabah

Hampir seminggu di Sabah, lebih tepat lagi daedah Tawau iaitu perkampungan Kalabakan dan Umas. Tidak pernah ke sana.Ini kali pertama.

Dari Gombak ambil LRT dan ERL, hampir sahaja terlewat penerbangan jam 8.25 pagi. Sepatutnya gerak dari rumah jam 6 suku pagi, maklumla pengantin baru memang senang terlajak bangun.

Penerbangan ambil masa 2 jam 30 minit terus dari KLIA ke Tawau - memang lama. Sarapan nasi lemak dalam flight. Ok la.

Sampai di Tawau jam 11.30 pagi, seperti biasa, kepala senang pening je.. Rakan sesyarikat bawa ke Klinik Tawau - ada 5 cawangan dah..So amik ubat paint killer, tahan la ckit.

Terus ke penempatan Kalabakan - 150 km dari Tawau. Antara kawasan yang berhampiran sempadan menempatkan 4 ladang FELDA iaitu Tgh 1, Selatan, Tgh 2 dan Utara. Ada rest house, sapa nak datang jangan risau tentang tempat tinggal, Harga berpatutan dan makn memang sedap, sampai badan aku gatal-gatal makan- allergi le..

Selama 3 malam di kalabakan, seterusnya 1 malam ke Tawau setelah selesaikan 2 ladang di UmaS, dimana terdapat peneroka FELDA bagi negeri Sabah.

Akhirnya Sabtu balik ke Semenanjung flight sampai jam 8.30 malam. Selamat pulang.

Monday, October 25, 2010

Double Joy

Hujung minggu balik Pilah...balik berhujung minggu bersama keluarga..balik kampung..kalau ada kampung, balik la, kalau takde tumpang la kampung orang..

Balik kampung ni best, luas pemandangan banyak pengalaman, macam2 hal korang akan jumpa sepanjang perjalanan.

Semenjak ada LEKAS ni, makin mudah nak ke hulu dan ke hilir - lebih kurang 1 jam lebih sahaja.Mudah kan? Nak dengan tak nak je. ditambah lagi dengan Bukit Putus yang dah bersambung sekarang, kalau maam takde, lagi la cepat sampai. Apa-apa pun jalan lama Bukit Putus dah upgrade jadi sukan Extreme..Mai la berkunjung ke N9 tengok sukan yang ditawarkan tu..

Double joy for me because two teams that i supported (not 100%) hehe.. won botH games..N9 versus Lebah and Arsenal vs City..Mungkin ada yang kata nasib je sebab ada yang kena red-carded..tapi bola tu bulat kan..apa-apa boleh jadi dan keputusan bukan ditentukan oleh dadu. Hujung minggu ni final menentang Kelantan, seperti ulangan 2009. Tahun ini Kelantan nampak lebih mantap..Nampaknya Kelantan jadi pilihan lagi..

Sama-sama kita tengok ye, tapi aku takde la peluang nak tengok kot...huhu

Friday, October 22, 2010

Kuala Lumpur-Kuala Lipis

Dah berapa lama aku tak keluar ke Lipis. Sekarang ni Lipis dah maju. Line radio dah bagus. Red FM clear je. Hset Celcom and Maxis takde gangguan. Internet je aku tak cuba lagi.

Hotel pun dah bertambah. Bukan Jelai Hotel and Centrepoint je ada..

2 ladang satu hari memang memenatkan walaupun tengok dokumen sahaja.

Apa pun kami selamat sampai ke KL jam 10 malam..Alhamdulillah

Magika

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya dapat juga menonton filen Magika dengan tiket tajaan Celcom.Credit to Celcom-dengan topup dengan diorang aku dapat tengok.

Wayang jam 9.30 malam di Alam Anda mungkin agak selesa dengan syarat perkara wajib telah diselesaikan iaitu solat dan makan. Bila dah abis, terus balik je rumah.

Credit juga kepada security Alam Anda kerana berjaya memberkas seorang pelajar lelaki yang terlibat dengan kes curi. Time mamat tu usha jaket aku - aku letak jaket kat belakang masa solat Isyak - security sudah tangkap mamat tu.

Jadi aku pun kena jadi saksi pulak. Layan je la...

Apa pun cerita Magika memang best untuk tontonan muzikal gaya baru. Bagus cara kerja KRU. Untuk buah tangan terbaru, memang banyak cacat cela tetapi ia boleh ditingkatkan terutama jalan cerita yang sangat ringkas contohnya Diana boleh tangkap leleh dengan Mawi waiaupun baru bape jam jumpa - takkan takde mamat lagi bagus..hehe..

Tapi lakonan yang lain memang mantap - Mnasir ada style macam Lord OF The Ring, Aznil and Kak Engku boleh la....

Best jugak duduk saf depan ni..terang je bijik mata tengok heroin...hehe..

ada lagi ke tayangan Magika..?

Saturday, October 16, 2010

Wanita dan Penghormatan

Satu berita yang disampaikan sewaktu Buletin Utama TV3 berkenaan pembunuhan seorang gadis berumur 16 tahun di Teluk Intan Perak sungguh tragis. Gadis berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah pada sesi petang dan didapati tidak sampai ke rumah. Dan keesokan harinya mayat beliau tanpa seurat benang telah di dapati terkujur di ladang kelapa sawit menurut laporan TV3.

Rasanya ini adalah kes yang ke berapa untuk kematian melibatkan wanita - dengan pakej rogol dan bunuh (bagi kes ini masih belum disahkan).. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Secara asasnya, nafsu sudah tentu punca utama atau lebih tepat pengurusan nafsu dengan tidak cekap. Nafsu ini merupakan fitrah manusia selain akal yang membezakan dengan ciptaan lain. Dorongan nafsu tanpa diiringi kawalan akal dan pertimbangan sewajarnya menyebabkan seorang manusia terjerumus ke lembah kehinaan.

Bagaimana kita mampu mengawal nafsu dengan sewajarnya...Bagi yang beragama dan mematuhi tuntutan agama, tidak mengira agama apa pun, pasti mendapati tiada pegangan yang tidak menitikberatkan tentang pengawalan nafsu. Antara contoh adalah dengan puasa - hampir semua agama pasti ada puasa / bertahan - dengan pelbagai kaedah masing-masing dengan tujuan untuk memastikan nafsu kita ini dikawal sebaiknya.

Kenapa wanita kerap menjadi mangsa ? Sebenarnya ramai yang menjadi mangsa - tetapi skop perlu ditekankan kepada wanita. Sememangnya wanita telah semakin maju dan menguasai atau seiring dengan kaum lelaki, namun begitu sifat wanita yang lemah lembut menjadi salah satu peluang yang dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Melihat wanita sebagai seorang pendamping dan perlu dilindungi seharusnya membantu kita lebih rasa prihatin terhadap mereka. Dikelilingi oleh ramai wanita dengan pelbagai peranan - ibu, kakak, isteri, mak mertua, nenek, mak sedara, rakan sepejabat dan rakan online - menyebabkan rasa hormat dan ambil berat (dengan tujuan yang betul) mampu membuatkan mereka lebih waspada.

Bersama-sama kita mengingatkan rakan sekeliling - wanita dan lelaki - tentang peri pentingnya menjaga kehormatan dan maruah wanita di sekeliling kita.

P/S- rakan sepejabat ayah saya pernah tegur - jangan gelar isteri sebagai orang rumah - tetapi kenalkan isteri sebagai 'ini isteri saya atau rakan hidup saya' ...hehe

Thursday, October 14, 2010

Hari Ini Gua Susah..

Hari ni keluar rumah cam biasa..jam 6.35 or 6.40 pagi..nak pegi kerja kan..selalu sampai depan SIRIM dalam pukul 6.45..tadi lewat giler la pulak..u-turn bese pukul 6.50 lepas..tadi pukul 7.10 baru selesai…rupanya sudah ada simen2 pulak.. susah la gua nak u-turn..
Sekali 1 hijau boleh lepas 14 kereta..tadi 5 kereta nak lepas pun terhegeh2..huhu..
Apa pun, semoga pelajaran ekonomi dan stastistik kita berguna di mana-mana pusat pengajian yang dihadiri…bayangkan rumah beribu-ribu dan dengan kenderaan yang juga beribu-ribu..jalan keluar hanya 1 lane dengan traffic light untuk 10 kereta je lepas…pengiraan mudah pun boleh digunakan – semoga tag Rakyat diutamakan pencapaian didahulukan digunakan sebaik mungkin..

malas la gua nak layan...

Monday, October 11, 2010

11 Oktober 2010


Pagi tadi keluar untuk ke pejabat seperti biasa..Melalui Puncak Jalil - Puchong kemudian masuk MEX keluar Tun Razak. Masuk Semarak pun ok.. Tiba depan simpang balai, sekali tengok Waja baik punya parking...aku tak sempat nak ambil gambar..tapi yang pasti kereta sudah lompat masuk pagar Villa.

Tapi paling terkejut dengar 12 orang mati accident semalam di Lebuhraya Utara Selatan.

Ikuti link ini untuk berita lebih lanjut -http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Basbergoyangkuat_berpusing_/Article/index_html

dengar berita TV3 tadi pun sebak la..apa-apa pun Alfatihah dan takziah kepada yang telah meninggal dunia.

Apa pun hari ni aku ada kursus komputer..selamat berkursus Powerpoint dan Picasa.Amenda tuh..

Saturday, October 9, 2010

Bermula Pasti Berakhir

Setelah beberapa minggu mengerah fikiran dan membuat perancangan akhirnya tarikh 9 Oktober 2010 tiba juga untuk Karnival Sukan berlangsung.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat lancar dan pemenang turut telah diketahui.

Keputusan 6-5 masih boleh diterima walaupun sedikit kecewa dengan sukan badminton, ping pong, dan sepak takraw tewas dengan keputusan tipis sahaja.

Aku rasa senang hati sebab dapat hadiah dan tanggungjawab telah diselesaikan - tetapi masih ada soal selidik dan post morterm yang perlu dibuat seterusnya diserahkan untuk penilaian semua pihak dalam memastikan penganjuran lebih gemilang pada tahun hadapan.

Semoga bertemu lagi di kejohanan tahun 2011. Entah ada entah tidak di syarikat ini lagi.

Thursday, October 7, 2010

Terjemahan

Di Malaysia, industri terjemahan agak perlahan dan kurang mendapat perhatian - mungkin la..tapi Institut ITNM sentiasa berusaha untuk memastikan banyak bahan bacaan diterjemah untuk maemudahkan penguasaan pengetahuan oleh rakyat Malaysia..

2-3 hari ni sibuk sangat...Sabtu ni nak event dah..

Monday, October 4, 2010

Cold - Crossfade

Aku suka lagu ni sejak zaman universiti dlu...hehe..

lirik macam best ...sesuai la layan sorang-sorang..

Looking back at me I see
That I never really got it right
I never stopped to think of you
I'm always wrapped up in
Things I cannnot win
You are the antidote that gets me by
Something strong
Like a drug that gets me high

What I really meant to say
Is I'm sorry for the way I am
I never meant to be so cold to you

And I'm sorry about all the lies
Maybe in a different light
You could see me stand on my own again
Cause now i can see
You were the antidote that got me by
Something strong like a drug that got me high
I never meant to be so cold

I never really wanted you to see
The screwed up side of me that I keep
Locked inside of me so deep
It always seems to get to me
I never really wanted you to go
So many things you should have known
I guess for me theres just no hope
I never meant to be so cold


http://www.youtube.com/watch?v=K3cZ8mPYhfg

Bola Sepak

Sekarang ni bola sepak Malaysia main hari Ahad malam..bukan Sabtu malam..sebab nak elak bertembung dengan game EPL, Serie A atau La Liga yang banyak tunjuk kat Astro.

Ok jugak la pembaharuan ni.

Semalam tengok game Negri Sembilan vs Kelantan - result seri 2-2 ..Arsenal kalah pulak dengan Chelsea..Aku ni bukan addict sangat dengan bola..asal ada jawapan je bila orang tanya...sokong Negeri Sembilan sebab tu negeri lahir aku..Arsenal pulak sebab game dia menarik dan corak pembelian Arsene Wenger yang tak melampau. By the way, aku bukan die hard fan bagi kedua-dua team - time kalah aku takde la tu..

hehe..