Saturday, October 16, 2010

Wanita dan Penghormatan

Satu berita yang disampaikan sewaktu Buletin Utama TV3 berkenaan pembunuhan seorang gadis berumur 16 tahun di Teluk Intan Perak sungguh tragis. Gadis berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah pada sesi petang dan didapati tidak sampai ke rumah. Dan keesokan harinya mayat beliau tanpa seurat benang telah di dapati terkujur di ladang kelapa sawit menurut laporan TV3.

Rasanya ini adalah kes yang ke berapa untuk kematian melibatkan wanita - dengan pakej rogol dan bunuh (bagi kes ini masih belum disahkan).. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Secara asasnya, nafsu sudah tentu punca utama atau lebih tepat pengurusan nafsu dengan tidak cekap. Nafsu ini merupakan fitrah manusia selain akal yang membezakan dengan ciptaan lain. Dorongan nafsu tanpa diiringi kawalan akal dan pertimbangan sewajarnya menyebabkan seorang manusia terjerumus ke lembah kehinaan.

Bagaimana kita mampu mengawal nafsu dengan sewajarnya...Bagi yang beragama dan mematuhi tuntutan agama, tidak mengira agama apa pun, pasti mendapati tiada pegangan yang tidak menitikberatkan tentang pengawalan nafsu. Antara contoh adalah dengan puasa - hampir semua agama pasti ada puasa / bertahan - dengan pelbagai kaedah masing-masing dengan tujuan untuk memastikan nafsu kita ini dikawal sebaiknya.

Kenapa wanita kerap menjadi mangsa ? Sebenarnya ramai yang menjadi mangsa - tetapi skop perlu ditekankan kepada wanita. Sememangnya wanita telah semakin maju dan menguasai atau seiring dengan kaum lelaki, namun begitu sifat wanita yang lemah lembut menjadi salah satu peluang yang dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Melihat wanita sebagai seorang pendamping dan perlu dilindungi seharusnya membantu kita lebih rasa prihatin terhadap mereka. Dikelilingi oleh ramai wanita dengan pelbagai peranan - ibu, kakak, isteri, mak mertua, nenek, mak sedara, rakan sepejabat dan rakan online - menyebabkan rasa hormat dan ambil berat (dengan tujuan yang betul) mampu membuatkan mereka lebih waspada.

Bersama-sama kita mengingatkan rakan sekeliling - wanita dan lelaki - tentang peri pentingnya menjaga kehormatan dan maruah wanita di sekeliling kita.

P/S- rakan sepejabat ayah saya pernah tegur - jangan gelar isteri sebagai orang rumah - tetapi kenalkan isteri sebagai 'ini isteri saya atau rakan hidup saya' ...hehe

No comments:

Post a Comment