Sunday, October 31, 2010

Trip To Sabah

Hampir seminggu di Sabah, lebih tepat lagi daedah Tawau iaitu perkampungan Kalabakan dan Umas. Tidak pernah ke sana.Ini kali pertama.

Dari Gombak ambil LRT dan ERL, hampir sahaja terlewat penerbangan jam 8.25 pagi. Sepatutnya gerak dari rumah jam 6 suku pagi, maklumla pengantin baru memang senang terlajak bangun.

Penerbangan ambil masa 2 jam 30 minit terus dari KLIA ke Tawau - memang lama. Sarapan nasi lemak dalam flight. Ok la.

Sampai di Tawau jam 11.30 pagi, seperti biasa, kepala senang pening je.. Rakan sesyarikat bawa ke Klinik Tawau - ada 5 cawangan dah..So amik ubat paint killer, tahan la ckit.

Terus ke penempatan Kalabakan - 150 km dari Tawau. Antara kawasan yang berhampiran sempadan menempatkan 4 ladang FELDA iaitu Tgh 1, Selatan, Tgh 2 dan Utara. Ada rest house, sapa nak datang jangan risau tentang tempat tinggal, Harga berpatutan dan makn memang sedap, sampai badan aku gatal-gatal makan- allergi le..

Selama 3 malam di kalabakan, seterusnya 1 malam ke Tawau setelah selesaikan 2 ladang di UmaS, dimana terdapat peneroka FELDA bagi negeri Sabah.

Akhirnya Sabtu balik ke Semenanjung flight sampai jam 8.30 malam. Selamat pulang.

No comments:

Post a Comment