Friday, October 22, 2010

Magika

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya dapat juga menonton filen Magika dengan tiket tajaan Celcom.Credit to Celcom-dengan topup dengan diorang aku dapat tengok.

Wayang jam 9.30 malam di Alam Anda mungkin agak selesa dengan syarat perkara wajib telah diselesaikan iaitu solat dan makan. Bila dah abis, terus balik je rumah.

Credit juga kepada security Alam Anda kerana berjaya memberkas seorang pelajar lelaki yang terlibat dengan kes curi. Time mamat tu usha jaket aku - aku letak jaket kat belakang masa solat Isyak - security sudah tangkap mamat tu.

Jadi aku pun kena jadi saksi pulak. Layan je la...

Apa pun cerita Magika memang best untuk tontonan muzikal gaya baru. Bagus cara kerja KRU. Untuk buah tangan terbaru, memang banyak cacat cela tetapi ia boleh ditingkatkan terutama jalan cerita yang sangat ringkas contohnya Diana boleh tangkap leleh dengan Mawi waiaupun baru bape jam jumpa - takkan takde mamat lagi bagus..hehe..

Tapi lakonan yang lain memang mantap - Mnasir ada style macam Lord OF The Ring, Aznil and Kak Engku boleh la....

Best jugak duduk saf depan ni..terang je bijik mata tengok heroin...hehe..

ada lagi ke tayangan Magika..?

No comments:

Post a Comment