Tuesday, November 30, 2010

Minyak naik esok

RON97 naik esok menjadikan harga semasa adalah RM2.30 sen seliter.

Sentiasa bersedia dengan kepelbagaian kerajaan

Kembara Ke Utara

Beberapa bulan selepas lawatan ke utara, kali ini aku datang lagi. Untuk meneroka, bersama - sama kawan sepejabat dan 2 adik- kandung dan ipar.

Bergerak dari Kuala Lumpur jam 4.30 petang dan tiba di Changlun jam 11.30 malam.

Perjalanan terganggu dengan kesesakan menghampiri Juru, hujan lebat hampir sepanjang jalan selepas Ipoh, berhenti untuk qada hajat serta makan dan solat.

Bermalam di Hotel -T, sebuah hotel bajet di bandar kecil ini, salah satu bandar terakhir sebelum ke sempadan.

Changlun juga tidak terkecuali dari bah awal bulan November selain bandar-bandar lain seperti Jitra dan Kangar.

Selepas selesai 2 ladang, kami bergerak ke Nothern Univ untuk mengimbau kenangan lama. Tidak banyak yang berubah, kecuali tambahan nama baru bagi Bkt Kaci dan bangunan baru untuk FWB.

Semoga perjalanan pulang kami esok lebih selamat.

Sekian.

Saturday, November 27, 2010

KPI

Penggunaan KPI atau Indeks Penilaian Prestasi telah digunapakai di sektor awam bagi menilai tahap kemampuan para petugas setelah melepasi satu tempoh perkhidmatan. Selalunya 1 tahun atau setengah tahun.


Sebelum bermula tempoh tersebut, penilai dan dinilai akan berbincang kriteria yang dinilai dan persetujuan bersama dicapai bagi memastikan ada konsensus dalam KPI petugas.

KPI ini akan digunakan sebagai penanda aras kemampuan kerja dan merit, kenaikan dan bonus akan merujuk kepada KPI para petugas.

KPI boleh dikategorikan sebagai bawah par, on par dan lebih par.

Apabila dilaung2kan sebagai 9 emas KPI bagi kementerian tersebut, tidak dijelaskan adakah ia on par atau above

Jika ia on par maka pencapaian kita kelihatan sederhana sahaja.

Tapi, masih ada ruang untuk diperbaiki dan Sukan Asia ini 4 tahun sekali. Perlu pelapis untuk memastikan sukan yang perak diterjemah kepada Emas dan yang emas dikekalkan pencapaian.

Thursday, November 25, 2010

2-0

Pakistan Kalahkan Malaysia -2-0 =Squash
Paskitan Kalahkan Malaysia -2-0 =Hoki


Keputusan Hari inie..

Wednesday, November 24, 2010

2 Alam

Filem 2 Alam telah memasuki gelanggang secara rasmi pada 18 November lepas.

Banyak komen diterima dari pelbagai pihak, positif dan negatif.

Semoga producer ini berjaya..

Buat masa ini, aku belum berniat untuk menonton filem tersebut kerana kebelakangan ini slot Cerekarama dan Drama Pencalonan Anugerah Skrin turut memaparkan storyline yang lebih kurang sama.

Pelakon pun aku tak berapa tertarik.

Takde yang menarik.

Suam-suam kuku je..Semoga berjaya..

MAHA

program MAHA iaitu program berteraskan pertanian dan diadakan setiap tahun.

Aku tak pernah pun join exhibit ni. Di KL ni ada beberapa program seumpama tersebut seperti KLIM, MAHA, MICCOS, PC FAIR, dan MATTA Fair selain pameran pengantin telah menjadi upacara tahunan.

Tahun ni aku bakal join MAHA secara rasmi iaitu menjadi duta syarikat..Hehe..

Ada pengalaman? Ada..tapi kena polish lagi..

Mewakili syarikat yang semakin kerap di serang, kena la bersedia dengan pelbagai template jawapan.

Apa pun MAHA telah bermula sekarang.

Lawati www.mahaexpo2010.com/ untuk maklumat lebih lanjut.

Sukan Asia

Sedang berlangsungnya beberapa sukan di peringkat akhir melibatkan kontinjen Malaysia.

Beberapa keputusan yang aku suka sebut.

1. Kekalahan LCW dan KKK/TBH dalam Badminton.
2. Kekalahan pasukan Badminton kepada Thai.
3. Kekalahan pasukan Takraw kepada Thai.
4. Kemenangan sailor bagi pingat perak.
5. Kemenangan bola tampar pantai wanita.
6. Persembahan pasukan bola sepak lelaki dan hoki lelaki.
7. Pasukan Rugby yang dibelasah.

hehehe..

Lawatan Terengganu dan Kedah

Hampir ke dateline 6 Disember, baru 61% site telah memberi respon. Dalam masa terdekat keputusan mungkin bertambah baik.

Semoga usaha dimudahkan dan diberkati.

....

Sunday, November 21, 2010

Hari kekecewaan

Takraw kalah.Straight set.

Badminton kalah. Regu final.

Arsenal kalah..hurrmmm, macam konspirasi je..Boikot sementara..huhuu

Saruan. Hahahaha

Setelah beberapa bulan, dapat juga aku jejakkan kaki ke Sabak Bernam. Asing juga tapi pengalaman yang best. Banyak kali dah tunda nak ke sini..

Tempatnya aman dan tenang sekali, memang hidup la suasana kampung. Abah sedang rancak menyediakan rumah kampung nye dalam usaha untuk duduk berkebun.

Kebetulan semalam ada kenduri or aruhan/saruan dalam bahasa Banjar. Saudara pangkat 2 pupu bagi my wife..

Bertolak dari KL jam 8 lebih dan sampai di sana lebih kurang jam 11.00. Orang dah siap sembelih dan masak-masak. Jadi kami datang untuk makan je la..Hehehe..

Lepas tu, dalam jam 12.30 balik ke rumah. Yang lain dah tukar uniform dan terus buat kerja simen dan menampal. Aku dok tengok je, selain takde kepakaran, aku tak prepare dengan baju salin.

Apa pun, jika ada kesempatan, nak balik lagi la. Dah dekat dengan Teluk Intan. 36 km je lagi.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Hari ini hari Rabu tanggal 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah. Raya datang lagi. Ada radio pasang lagu raya walaupun bukan lagu yang heavy raya. Orang tetap mahu beraya di kampung. Semalam aku 4 jam tersangkut di kepadatan balik raya sampai terlepas nak ke surau di kampung. Angah pula tiba jam 2 pagi dengan masa bergerak dari Subang jam 9 malam. Raya tetap raya. Mesti ada lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang. My luvly wife masak kek untuk bawa balik kampung.

Hari raya haji sangat signifikan dengan ibadat haji dan korban. Untuk merasai perasaan raya haji, anda perlu melibatkan diri dengan sembelih dan potong daging, kalau tak raya anda takde feel. Pendapat aku la tu..

Dalam menikmati cuti raya ni, jangan lupa tentang keinginan untuk sampai ke Tanah Suci bagi yang berkemampuan tetapi tak pernah sampai lagi. Kata kak Long, nak book pergi haji paling kurang ada RM1,300 freeze di akaun TH dan mulai sekarang book, paling cepat pergi tahun 2035 je...Huhuhu..lama lagi tu.

Ibadah korban juga sangat dituntut dalam Islam kerana ia memberi ruang kita menginsafi diri tentang kesusahan yang dialami oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Dengan kekayaan yang ada di negara kita, maka wujud beberapa NGO dan badan kebajikan yang menjalankan program Berkorban di luar negara termasuk Kemboja, Indonesia malah negeri di Sempadan Thailan-Malaysia. Harga sebahagian lembu adalah RM350 sahaja dan hanya setahun sekali.

Yang istimewa raya haji ini, kita boleh bertakbir selama 4 hari, diharamkan berpuasa dan boleh berkorban sepanjang 4 hari tersebut. Malah solat sunat AidilAdha digalakkan dipercepat bagi memberi ruang kepada umat Islam menjalankan ibadat korban. Betapa bernilainya Hari Raya Haji. Walaubagaimanapun, kunjung mengunjung amat juga digalakkan. Kini, kebanyakan kampung bergotong royong bersama sesama keluarga yang datang dari merata negeri, berkumpul dan berkorban bersama. Ini adalah salah satu kaedah atau pengisian Hari Perhimpunan Keluarga semasa Hari Raya Haji. Selain beribadah, kita pun dapat mengeratkan silaturrahim..

Apa pun selamat bercuti dan selamat berhari raya untuk kita semua...yeeehaaa.

Semoga tahun hadapan kita berpeluang untuk berkorban

Tuesday, November 16, 2010

Skuad Bola Sepak Malaysia

Beberapa siri perlawanan yang dilalui oleh skuad Malaysia selepas kekalahan menentang Manchester United ..menampakkan pasukan kita ada semangat melawan dan skill. Walaupun baru sedikit sahaja tetapi lebih baik meningkat dari statik.

Aliran yang diterapkan di skuad kebangsaan adalah kaedah yang betul dimana untuk membentuk satu pasukan yang mantap, kita perlu mempunyai skuad berperingkat iaitu Bawah 23, Bawah 21 dan Bawah 19 dimana pemain bukan dicekup dari pasukan liga kemudian bawa main kebangsaan, bila kalah terus bubar sepertimana yang dibuat dalam beberapa tahun lepas.

Apabila skuad utama tidak punyai pemain yang cukup disebabkan cedera, kita masih ada skuad sokongan dan mereka ini mempunyai kemampuan yang hampir setara dengan pasukan utama.

Diharapkan kaedah ini terus digunapakai berbanding corak dahulu kerana aku sentiasa tertanya apa lebihnya jadi pemain profesional jika sepak bola pun tak kena, clearance pun tak jadi, tanduk bola entah ke mana, passing tak pernah betul - sedangkan hari-hari main bola.

Tentang aksi di Sukan Asia, semua perlawanan bagus untuk pendedahan, dengan kecederaan dan bias pengadil, kita harus bangkit untuk matlamat lebih baik, peningkatan ranking dan kurangkan alasan. Perlawanan kompetitif dan bertemu pasukan yang berpengalaman perlu dikerapkan agar pemain lebih banyak idea.

Apapun selamat berjuang kepada Malaysia.. Dan aku rasa tak rugi datang masa tengok main dengan Korea Selatan beberapa bulan lepas.

PTD

Skim Perkhidmatan PTD mengandungi 3 proses sebelum dapat diserap sebagai Pegawai Kerajaan. Semua calon perlu melepasi setiap tahap sebelum dapat ke peringkat seterusnya.

Bagi peringkat pertama, adalah ujian kecekapan meliputi pengetahuan am, kiraan dan logik, pemahaman esei, menghasilkan esei dan penilaian kendiri. Sepanjang hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang anda akan melalui 7 tahap tersebut.

Bagi yang akan menjalani peperiksaan PTD,semoga berjaya dan diharapkan perjalanan anda dipermudahkan..

Hehehehe..

Outstation

Minggu lepas ke Terengganu tengah.. daerah Dungun dan Kuala Terengganu.. Kemudian take a break di Felda Residence(www.plantationresorts.com.my).. Hotel memang lawa di muara sungai tetapi agak limited area..

Dari Klumpur jam10 pagi sampai di Dungun dalam pukul 1.30 thari..kemudian terus kerja.. malam terus ke Ktganu..

Esok masuk Hulu Terengganu pula, petangnye dalam pukul 3 balik KL. Sepanjang perjalanan mendung dan hujan lebat je, patutla kaji cuaca jangka bah besar pusingan kedua akan landa Semenanjung. Alhamdulillah sampai pukul 8 di KL- henti 2 kali di Temerloh dan Genting Sempah.

Saturday, November 6, 2010

Takziah

Kepada rakyat Indonesia yang telah diduga sejak beberapa minggu lepas dengan gempa bumi, tsunami dan yang terbaru MERAPI, selamat hadapi dengan tenang.

Rakan-rakan seMalaysia, selamat pulang untuk seketika.

Thursday, November 4, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil

Assalamualaikum dan selamat petang,

adalah dimaklumkan bahawa 2 kerusi pilihan raya di negeri Sabah iaitu Parlimen Batu Sapi dan DUN Batu Galas telah dimenangi oleh parti Barisan Nasional. Keputusan rasmi ini dibacakan oleh pengerusi SPR bagi kedua-dua peti undi di kawasan berkenaan.

Oleh itu, bagi yang menang teruskan berkhidmat untuk rakyat manakala yang kalah yang membuat hal dan menggangu proses memajukan negara. Hari mengundi adalah hari ini sahaja, esok dan seterusnya adalaha hari untuk bekerja. Teruskan berkhidmat.

Tiada spekulasi dan kontroversi ya.

Hidup Bangunkan Negara. Jauhkan Permusuhan Antara Suku. Elakkan Program Kacau Rakyat. Jangan terima Dakyah Aliran Pengacau. Hehe..Politik sikit hari ini...