Saturday, November 27, 2010

KPI

Penggunaan KPI atau Indeks Penilaian Prestasi telah digunapakai di sektor awam bagi menilai tahap kemampuan para petugas setelah melepasi satu tempoh perkhidmatan. Selalunya 1 tahun atau setengah tahun.


Sebelum bermula tempoh tersebut, penilai dan dinilai akan berbincang kriteria yang dinilai dan persetujuan bersama dicapai bagi memastikan ada konsensus dalam KPI petugas.

KPI ini akan digunakan sebagai penanda aras kemampuan kerja dan merit, kenaikan dan bonus akan merujuk kepada KPI para petugas.

KPI boleh dikategorikan sebagai bawah par, on par dan lebih par.

Apabila dilaung2kan sebagai 9 emas KPI bagi kementerian tersebut, tidak dijelaskan adakah ia on par atau above

Jika ia on par maka pencapaian kita kelihatan sederhana sahaja.

Tapi, masih ada ruang untuk diperbaiki dan Sukan Asia ini 4 tahun sekali. Perlu pelapis untuk memastikan sukan yang perak diterjemah kepada Emas dan yang emas dikekalkan pencapaian.

No comments:

Post a Comment