Tuesday, November 30, 2010

Kembara Ke Utara

Beberapa bulan selepas lawatan ke utara, kali ini aku datang lagi. Untuk meneroka, bersama - sama kawan sepejabat dan 2 adik- kandung dan ipar.

Bergerak dari Kuala Lumpur jam 4.30 petang dan tiba di Changlun jam 11.30 malam.

Perjalanan terganggu dengan kesesakan menghampiri Juru, hujan lebat hampir sepanjang jalan selepas Ipoh, berhenti untuk qada hajat serta makan dan solat.

Bermalam di Hotel -T, sebuah hotel bajet di bandar kecil ini, salah satu bandar terakhir sebelum ke sempadan.

Changlun juga tidak terkecuali dari bah awal bulan November selain bandar-bandar lain seperti Jitra dan Kangar.

Selepas selesai 2 ladang, kami bergerak ke Nothern Univ untuk mengimbau kenangan lama. Tidak banyak yang berubah, kecuali tambahan nama baru bagi Bkt Kaci dan bangunan baru untuk FWB.

Semoga perjalanan pulang kami esok lebih selamat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment