Tuesday, November 16, 2010

Skuad Bola Sepak Malaysia

Beberapa siri perlawanan yang dilalui oleh skuad Malaysia selepas kekalahan menentang Manchester United ..menampakkan pasukan kita ada semangat melawan dan skill. Walaupun baru sedikit sahaja tetapi lebih baik meningkat dari statik.

Aliran yang diterapkan di skuad kebangsaan adalah kaedah yang betul dimana untuk membentuk satu pasukan yang mantap, kita perlu mempunyai skuad berperingkat iaitu Bawah 23, Bawah 21 dan Bawah 19 dimana pemain bukan dicekup dari pasukan liga kemudian bawa main kebangsaan, bila kalah terus bubar sepertimana yang dibuat dalam beberapa tahun lepas.

Apabila skuad utama tidak punyai pemain yang cukup disebabkan cedera, kita masih ada skuad sokongan dan mereka ini mempunyai kemampuan yang hampir setara dengan pasukan utama.

Diharapkan kaedah ini terus digunapakai berbanding corak dahulu kerana aku sentiasa tertanya apa lebihnya jadi pemain profesional jika sepak bola pun tak kena, clearance pun tak jadi, tanduk bola entah ke mana, passing tak pernah betul - sedangkan hari-hari main bola.

Tentang aksi di Sukan Asia, semua perlawanan bagus untuk pendedahan, dengan kecederaan dan bias pengadil, kita harus bangkit untuk matlamat lebih baik, peningkatan ranking dan kurangkan alasan. Perlawanan kompetitif dan bertemu pasukan yang berpengalaman perlu dikerapkan agar pemain lebih banyak idea.

Apapun selamat berjuang kepada Malaysia.. Dan aku rasa tak rugi datang masa tengok main dengan Korea Selatan beberapa bulan lepas.

No comments:

Post a Comment