Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Hari ini hari Rabu tanggal 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah. Raya datang lagi. Ada radio pasang lagu raya walaupun bukan lagu yang heavy raya. Orang tetap mahu beraya di kampung. Semalam aku 4 jam tersangkut di kepadatan balik raya sampai terlepas nak ke surau di kampung. Angah pula tiba jam 2 pagi dengan masa bergerak dari Subang jam 9 malam. Raya tetap raya. Mesti ada lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang. My luvly wife masak kek untuk bawa balik kampung.

Hari raya haji sangat signifikan dengan ibadat haji dan korban. Untuk merasai perasaan raya haji, anda perlu melibatkan diri dengan sembelih dan potong daging, kalau tak raya anda takde feel. Pendapat aku la tu..

Dalam menikmati cuti raya ni, jangan lupa tentang keinginan untuk sampai ke Tanah Suci bagi yang berkemampuan tetapi tak pernah sampai lagi. Kata kak Long, nak book pergi haji paling kurang ada RM1,300 freeze di akaun TH dan mulai sekarang book, paling cepat pergi tahun 2035 je...Huhuhu..lama lagi tu.

Ibadah korban juga sangat dituntut dalam Islam kerana ia memberi ruang kita menginsafi diri tentang kesusahan yang dialami oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Dengan kekayaan yang ada di negara kita, maka wujud beberapa NGO dan badan kebajikan yang menjalankan program Berkorban di luar negara termasuk Kemboja, Indonesia malah negeri di Sempadan Thailan-Malaysia. Harga sebahagian lembu adalah RM350 sahaja dan hanya setahun sekali.

Yang istimewa raya haji ini, kita boleh bertakbir selama 4 hari, diharamkan berpuasa dan boleh berkorban sepanjang 4 hari tersebut. Malah solat sunat AidilAdha digalakkan dipercepat bagi memberi ruang kepada umat Islam menjalankan ibadat korban. Betapa bernilainya Hari Raya Haji. Walaubagaimanapun, kunjung mengunjung amat juga digalakkan. Kini, kebanyakan kampung bergotong royong bersama sesama keluarga yang datang dari merata negeri, berkumpul dan berkorban bersama. Ini adalah salah satu kaedah atau pengisian Hari Perhimpunan Keluarga semasa Hari Raya Haji. Selain beribadah, kita pun dapat mengeratkan silaturrahim..

Apa pun selamat bercuti dan selamat berhari raya untuk kita semua...yeeehaaa.

Semoga tahun hadapan kita berpeluang untuk berkorban

No comments:

Post a Comment