Friday, July 30, 2010

SMART TUNNEL



Aku tabik betul dengan pembinaan SMART TUNNEL,walaupun bukan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia tetapi strategi dan rekabentuknya memang mengkagumkan.

Bagi layman cm aku, kira ok la nie..

No motorcyle, no less then RM2.00

Kalau korang tertinggal time open watergate...huhu..sure lemas la..

Layannn ek....

Skim Cepat Kaya

Follow This Link:

www.bharian.com.my/bharian/articles/Umpankeretamewah/Article/

Bila terbaca berita ni...aku bersyukur sangat sebab tak terjebak..

beberapa kali kawan lama aku tu ajak pegi site kat Sunway, macam-macam halangan berlaku bila kitorang set date... aku pun ada search di internet tentang bisness ni..

Memang licik betul..

Apa la nasib kawan aku tu.. semoga dia selamat..

Aku nyaris nak panjat Genting la, dengar cerita diorang..

Aku ingat lagi ayat kawan aku tu...

" Ko jang terkejut, setiap kali upline aku cerita strategi bisness dia, dia akan koyak pelan tu..supaya bisnes lain tak tiru' Ko tak yah bayar banyak, siapkan RM150.00 je- standby je, lepas tu dalam 3 hari dalam akaun ko dapat RM2,000.00"....

" Tak yah jual apa-apa, just cari nama je / upline. Masa ko datang jumpa upline aku, ko siapkan la senarai nama lagi 10 orang kawan"...

huh....Alhamdulillah...kalau tak terbeban la lagi hidup aku...

Sape tak terliur beb...RM10,000.00 tiap-tiap minggu..

Semoga hidup kita dipermudahkan dunia dan akhirat..

Thursday, July 29, 2010

Gerik or Grik

Mana-mana yang betul la..asal bunyi Gerik.....

huhuhu

bandar yang nyaman dan cool...

tapi aku tak cool...

selagi kerja tak siap..

hehehe...

Wednesday, July 28, 2010

Pusingan U Bukit Jalil


Follow This Link :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_05.htm


Liputan menarik dari wartawan Kosmo yang aku gemari. sebab memaparkan berita Pusingan U di depan simpang Balai Bomba .

Dulu masa awal duduk di Bukit Jalil, aku memang ikut barisan, tunggu lampu isyarat, tapi kalau pagi-pagi, mahu 25 minit tunggu, tu pun kalau takde yang potong barisan.

Pagi-pagi rasanya boleh dimaafkan la ..sebab bayangkan berapa ribu penduduk area Taman Bukit Jalil nak melintas ke KL dengan 1 lane dan 1 trafik light, tu pun dah tolak yang buat pusingan U haram termasuk aku.

Jadi cadangan dari wakil persatuan penduduk tu hendaklah diberikan pertimbangan sewajarnya. Besar dan beri kebenaran untuk buat pusingan U dan dalam masa yang sama tambah 1 lagi lane untuk pelintas dari lampu isyarat - sebelah nursery - ada baguss...

Tuesday, July 27, 2010

Klumpur - Kterengganu - Klumpur

Semalam aku gerak ke Kterengganu . Drive je. Dari pukul 2 petang, sampai sana jam 7 malam. One nite at Grand Cont. Ok la.

Esok masuk ladang, audit and review aktiviti ladang.

Ok je semua. petang jam 3.30 aku balik KL. Lalu Ajil, Jabor, Bandar Mukhtafi, Gambang, LPT, KL.

Esok ke Tawai pula.

Selamat....

Monday, July 26, 2010

Malaysia Lawan Korea Selatan

Semalam aku g tengok bola sepak Malaysia lawan Korea, dengan adik ipar aku and the gang.

Sebenarnya takde la excited sangat cuma ada masa terluang, aku pun tengah ok poket, ajak la sapa-sapa nak pegi. Lagi pun, jadual Malaysia ni berubah-ubah, kejap lawan Cardiff City la, Real Madrid la..last-last yang dapat Zimbabwe la, Sierra Leone la, bukan maksud aku nak perkecilkan team yang kita lawan..tapi kita mahukan peningkatan, kita mesti keluar dari kepompong semasa kita, jangan nak friendly dengan team kelab atau negara yang ranking FIFA lebih kurang kita.

Apa-apa hal pun, perlawanan persahabatan ini sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan.

Aku dan gadis idaman Malaya telah beli tiket jam 2.30 petang, tak ramai pun beli, ingatkan sampai beratur. Dalam hati pikir, takkan kitorang 4 orang je yang layan...haha..

kebetulan area Bukit Jalil ada karnival usahawan desa, bapak aku dah sampai semalam, wakil peladang N9.

Pukul 3 petang, on the way balik ke Gombak, langit sudah macam mahu runtuh..huhu..

Pukul 4.15 petang, dari Gombak hujan sudah turun lebat giler..aku pun layan je la..dalam hati pikir kena tunda ke game?Memang lebat giler.

Aku pun tak nak la terkejar-kejar dengan cuaca macam tu walaupun time aku kat Jalan Tun Razak dah pukul 4.50, game pukul 5.15 petang. Jadi, aku lalu la kat Besraya, tak masuk Hway Putrajaya.

Masuk stadium, game dah main 20 minit..ok la, ramai jugak datang...ingatkan takde ..

masih 0-0 lagi..player Malaysia memang kalah dari segi body dan fitness la, kawalan bola pun lemah, tapi masih ada ruang untuk peningkatan, sebab bola itu bolat, padang itu rata, dan tiang gol memang lurus kat semua negara.

Separuh masa kedua, Malaysia try kat depan tempat aku duduk, Safiq Rahim try, bola pun masuk..aku pun terkesima...huhuhu...yang penting, masuk...jadi, ramai-ramai jerit..kalau ramai kat stadium mesti lagi gempak..

pastu korean pun panas (sebenarnya dari tadi diorang dah panas), asak kubu Malaysia,tapi kita takde la bertahan je..

ada gak try, tapi kadang-kadang leceh tengok, kejap2 sakit..game tak smooth..

pastu condition stadium pulak, dengan takde counter game, aku pun tak tau berapa lama lagi masa tinggal..

yang penting Malaysia menang...horaaayyy...

Sebelum Semasa dan Selepas

Beberapa hari lagi, kurang sebulan, kita akan menyambut Bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan. Banyak persiapan kelihatan sana sini...chewah..ayat macam karangan student tingkatan 3..

mula la iklan raya, jual kereta raya, baju raya, bukak bazar ramadhan.mula plan nak g masjid mana tarawikh, cari buku bacaan solat sunat tarawikh..macam-macam ragam la..

sebelum puasa ni, ramai la, terutama di kampung-kampung, kenduri sambut puasa, ada pulak kenduri tebas kubur, ada kenduri bersihkan surau..huhu...bila kenduri tu, mesti la ada makan-makan..alhamdulillah, makan dulu sebelum puasa...

nanti masa puasa, ada yang puasa, alhamdulillah, yang tak puasa, herrmm, tak tau la teman apa nak cakap...bila cakap puasa, dengan masa yang berlalu makin pantas ni, kejap je dah time buka, lagi la kat mana2 ada je bazar untuk juadah berbuka.Malaysia ni memang syurga makanan. time puasa la jumpa kuih pelbagai nama. try la korang search kt google..

lepas puasa, mesti la raya...jadi..makan2 lagi..kenduri raya, jamuan raya, rumah terbuka raya, macam-macam raya.hehehe...

jadi, selamat berpuasa kepada semua orang yang berpuasa..jaga perut anda..

Tuesday, July 20, 2010

12 Kampus Baru UiTM Akan Dibuka Menjelang 2015


JOHOR BAHARU, 17 Julai (Bernama) -- Dua belas kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dibuka di seluruh negara menjelang tahun 2015, yang akan dibina menerusi projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembukaan kampus baru berkenaan sejajar dengan hasrat UiTM untuk memiliki 200,000 pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Daripada 12 kampus itu, enam sudah diluluskan termasuk kampus Pasir Gudang manakala bakinya sedang di peringkat perbincangan untuk diluluskan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Mohamed Khaled yang juga anggota parlimen Pasir Gudang berkata selain Pasir Gudang, kampus lain yang dibina termasuk Pekan di Pahang, Dengkil di Selangor, Tapah di Perak, Jasin di Melaka dan Seremban Tiga di Negeri Sembilan.

Beliau berkata pembinaan setiap satu kampus itu melibatkan kos RM300 juta dengan mampu menampung kira-kira 4,000 hingga 5,000 pelajar dan asrama yang mampu menampung kira-kira 2,000 pelajar.

Menurut Mohamed Khalid, sesebuah kampus kini perlu dibina di kawasan strategik dan kondusif termasuk berdekatan dengan kawasan industri dan perumahan supaya memberi manfaat kepada pelajar dan penduduk setempat.

"Kalau boleh, pendekatan pembinaan sesebuah kampus mesti menyeluruh supaya kebolehan graduan dapat ditingkatkan. Graduan berpeluang untuk dilatih dan yang paling penting pihak industri dapat mengkomersialkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh pihak kampus," katanya.

Mengenai kampus Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata kewujudan kampus itu akan menggiatkan aktiviti pendidikan berasaskan inovasi melalui bidang penyelidikan dan pengkomersialan selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti.

Kampus yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun itu, katanya menawarkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan awam, elektrik, kimia dan mekanikal serta diploma pengurusan perniagaan.

-- BERNAMA


MTUC saran umur bersara dilanjutkan ke 60 tahun

June 11, 2010PETALING JAYA, 11 Jun — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

Katanya MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.

“Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.

Balasubramaniam mengulas dasar kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 semalam untuk menarik modal insan dan tenaga kerja berkemahiran termasuk dari luar negara untuk memacu negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Di samping meningkatkan produktiviti, tenaga kerja berpengalaman juga boleh membimbing pekerja lebih muda, katanya.

Katanya tambahan lima tahun perkhidmatan itu akan membantu tenaga kerja sektor swasta melanjutkan pinjaman perumahan dan komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka dan juga menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. — Bernama





Mungkin kita perlu gunakan data atau statistic untuk pastikan keputusan dibuat selamat dan tidak menyempitkan ruang untuk graduan baru untuk ke pasaran kerja. Data dari banci yang bakal berakhir Ogos ini seharusnya dijadikan panduan.

Cadangan aku:

Bagi petugas yang berumur 50 tahun ke atas disarankan meneroka bidang perniagaan baru kerana golongan ini memiliki modal yang banyak (EPF, Insurans (Investment-Saving), Simpanan lain) serta pengalaman kerja (pengurusan). Berilah pelbagai insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Disarankan juga apabila syarikat dibuka, ambil graduan baru untuk bekerja. Dengan cara ini, pendapatan negara bertambah serta kebergantungan kepada syarikat / perniagaan sedia ada.

Apa kata anda?

Monday, July 19, 2010

Perubahan



Perubahan kerapkali dikaitkan dengan tujuan untuk penambahbaikan. Dalam Islam juga, perubahan disebut sebagai hijrah iaitu berganjak dari amalan semasa kepada yang baru – tidak kira samada berubah tempat, umur, gaya hidup, dan pelbagai lagi. Sebagai manusia biasa, selalunya orang yang tidak ingin berubah pasti akan mengkritik dan mencemuh insane yang ingin mencuba perkara yang baru. Bagi yang complacent dan takut pada kesan perubahan, pasti akan static dan kekal dengan keadaan semasa.
Dalam suasana kerja dan operasi syarikat, perubahan yang diterapkan perlu dilihat dari pelbagai sudut – HR, Kewangan, Operasi dan Kawalan Bajet serta diukur Pro and Cons. Perubahan juga perlu dinilai dalam jangka masa yang panjang serta ditetapkan tempoh masa bagi mengelakkan matlamat perubahan ‘derailment’. Ia juga harus dipantau oleh pihak sepatutnya.
Bagi organisasi yang besar nilai operasinya serta berpangkat multinasional dan telah lama tertubuhnya, pelbagai perubahan pasti mengundang cakap-cakap belakang dari golongan asal. Kaum muda vs kaum tua. Yang penting, asas iaitu objektif perubahan dan visi syarikat – yang sama - tetap didukung setiap petugas – tidak kira berapa banyak perubahan ingin dibuat – jadi global player, naik gaji, kurangkan kos, gaya kerja baru, kemasukan staff yang professional, talented, young – semua mesti memahami tujuan dan matlamat operasi syarikat itu.
Rasanya tiada masalah untuk hadapi semua itu, yang penting ketua dan pengurusan perlu lebih alert dan waspada kesan dari cadangan perubahan yang ingin dibuat – jangan syok sendiri atau piker untuk penuhkan perut sendiri sahaja.hehehe…peace to all..

Sunday, July 18, 2010

Hotel Legend



Bermalam di Hotel Legend KL..

Hadiah 2nd honeymoon...

tapi aku sakit perut pulak..penangan black coffee la ni..

nasi dengan lauk siam ape ntah...

3 kali lawat rest roomm..aduiis...

apa-apa pun...sapa tipu sapa cakap benar...pelik betul la...

surat pun blei tipu-tipu ke...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenyataanAzzuddincetuskeraguan/Article

Saturday, July 17, 2010

Larian KLIKK 2010

Hari ni join Larian KLIKK 2010..lebih kurang 5 km je... tapi tak larat nak abiskan... dah bape lame tak lari jarak jauh ni.. kebetulan dari semalam tak makan malam, pagi tadi pun tak sarapan..lari dengan perut kosong la. lari sampai habis..tapi bersyukur sangat tak jadi apa-apa.. apa-apa pun majlis sangat happening, sebenarnya ia adalah karnival - acara mewarna, jualan buku, derma darah dan pelbagai acara lain bersempena KLIKK 2010. Link: www.klikk2010.info

Thursday, July 15, 2010

Selamat...selamat...







Kejadian accident berlaku di Highway Seremban-KL, jam 6.15 pagi pada 24 Julai 2008 (Khamis) selepas kereta Naza yang dipandu di lorong kiri dihimpit oleh sebuah kereta jenis lama - tidak dapat dicam kerana ia berlaku dalam sekelip mata.Mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Pilah, bermalam sehari, sehari sebelumnya berada di Melaka kerana menjalani kursus syarikat.
Selepas beberapa minit menyelamatkan diri (risau jika kereta meletup kerana enjin telah berasap tetapi still running), seorang runner / kaki telah datang dari arah seberang- dengan niat untuk membantu - memperkenalkan diri sebagai Ramli – telah menawarkan diri untuk menarik kereta. Mangsa terus menerima pelawaan atas sebab beliau Melayu dan tiada tanda2 akan ada bantuan dari mana2 pihak. Mangsa hanya sempat call rakan2 yang terdekat dan masih shock dengan ape2 yg berlaku. Ramli telah membawa mangsa ke exit Labu menunggu member tow truck bagi menyerahkan kunci kereta. Mangsa hanya sempat menyelamatkan laptop sahaja.Mangsa telah dibawa ke balai polis Oakland untuk membuat laporan polis tetapi enggan membuat pemeriksaan kesihatan memandangkan mangsa beranggapan tiada kecederaan walaupon kereta rosak teruk. Ramli dengan manis mulutnya menyatakan kereta boleh siap dalam masa 2 minggu.
Ramli telah membawa mangsa minum pagi di depan balai polis dan pergi ke bengkel dalam pukul 9 pagi.beliau juga memberi kad bisnes Chee Kong( bengkel).Mangsa pulang semula ke KL pd pagi Khamis tetapi tidak masuk kerja dan pulang semula ke Seremban pada pagi Jumaat. Pegi ke bengkel bersama rakan, Saiful bagi melihat keadaan semasa kereta. Hanya sempat mengambil beberapa barang dari kereta.
Ramli memaklumkan juga adjustor akan datang beberapa hari untuk membuat penilaian terhadap kerugian kereta jika maklumat seperti geran kereta dan maklumat insurance diperolehi oleh pihak bengkel. Setelah ditanya lebih kurang seminggu selepas kejadian, pemilik dimaklumkan kereta telah mula dibaiki. Ini menunjukkan adjustor bersetuju membaiki kereta -selari dengan keinginan pemilik.
Beberapan hari kemudian (sebelum bersalin) kak Long dan Husband telah pergi melawat kereta. Sejak hari itu, telah dijalankan beberapa kali lawatan dan panggilan telepon untuk mendapatkan perkembangan semasa proses pembaikan kereta. Dalam kisah ini, banyak konflik telah berlaku,dan beberapa watak utama berperanan dalam menghasilkan drama panjang – lagi panjang dari soap opera, La Ursupadora dan Juana Miracle.
Pada beberapa minggu awal, kereta dihantar ke bengkel utama (Chee Kong –CK) dan kemudian dihandover ke Bengkel Welding dan Cat-weng Soon –jika xsilap – selama sebulan - bulan Ogos-kereta Naza tersadai.beberapa kali mangsa pergi ke bengkel, pergi sendiri, bersama bapa, bersama rakan, bersama abang selain panggilan telefon untuk mendapatkan berita. Mengikut jangkaan seminggu untuk membuat pintu kiri depan dan belakang, mengetuk bahagian yang rosak dan mengecat semula.bermakna 3 minggu lebih diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Ketika proses tersebut, semua bahagian telah dikeluarkan dimana enjin, kerusi dan dibiarkan rangka sahaja semata2 untuk membentuk semula kereta.
Selepas dihantar ke Bengkel ketuk, kereta dihantar pula ke bengkel pembaikan enjin / wiring. Selama sebulan (lebih kurang) tersadai di bengkel tersebut. Beberapa kali juga melawat semasa bulan puasa. Tuan bengkel menjangka pada awalnya boleh siap sebelum raya. Tetapi alasan sukar untuk mendapatkan alat ganti / sparepart melambatkan penyiapan kereta.hari raya pun menjelang tiba, kereta masih tidak keluar2 lagi.
Seminggu selepas raya puasa, dimaklumkan (not so called dimaklumkan, memandangkan mangsa sahaja yang membuat panggilan dan follow up, kerana pihak bengkel tidak pernah bertanyakan apa2, memberi perkembangan atau mendapatkan pandangan/persetujuan semasa urusan pembaikan) bahawa kereta telah dipindahkan ke bengkel utama /CK. Pemilik kereta berbunga hati dan berasa penuh harapan. Semasa proses pembaikan, untuk pengetahuan, hanya 2 kali pemilik dimaklumkan kedudukan kereta dibaiki, - setelah disoal berkali-lain dan tercari2 di sekeliling bengkel – pertama ketika kak long datang dengan husband dan kedua ketika pemilik datang dengan abangnya. Adik mangsa hanya mengetahui berita kemalangan beberapa hari sebelum raya puasa atas sebab tidak ingin kerisauan melanda fikiran beliau yang sedang menjalani latihan industri di Cherating.
Keadaan kereta ketika seminggu selepas raya, telah dianggap dalam keadaan yang berpotensi untuk keluar dalam beberapa hari. Tetapi apabila disoal kepada pekerja bengkel, Ah Fat (watak utama di bengkel-mangsa selalu berurusan dengan beliau), beliau menyatakan masih ada beberapa part tidak diperolehi menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi. Tetapi ketika diperiksa, part sepeti rim juga masih tidak dibaiki/diganti baru – menunjukkan seperti tiada usaha yang sepenuh hati bagi memastikan kereta keluar dari bengkel memandangkan telah lebih 3 bulan masa berlalu – dan pemilik kerap menggesa pihak bengkel membaiki dengan kadar segera.

Pada hujung September, pemilik menerima surat dari Kurnia Insuranse (syarikat insurance yang lindung kereta) menawarkan untuk menghapuskan kerugian kereta (total loss) dimana kereta dinilai pada kadar RM20,600 separuh dari jumlah loan.Jika pemilik memilih sebagai total loss, loan kereta akn dipotong kepada separuh shj, tetapi pemilik akan membayar baki selebihnya tanpa kereta (pay for nothing).

Tanggal 05 Nov 2008, ayah, pak ngah dan adik magsa telah ke bengkel dan memaklumkan kereta masih belum siap (rim bleum ganti meskipun enjin telah boleh running pada minggu seblumnya) dan lampu depan pula pecah, pemilik mengesyaki lampu pecah itu disengajakan kerana keadaan kereta telah hampir siap sebelumnya. Hasil lawatan ketiga-tiga ahli keluarga mangsa ini, mereka beranggapan tidak ada apa yang boleh dilakukan selain merujuk pada insurance.
Ibu mangsa telah merujuk masalah ini kepada tukang repair kereta di KPilah – member lama ayah- untuk mendapatkan bantuan – belaiau tidak dapat menolong kerana selain cina sesame cina, beliau juga mempunyai penglaman hampir sama, dimana anaknya menjadi mangsa. Pada pandagan beliau, rugi tetap rugi, Cuma banyak atau tidak.
Dalam hal ini, pemilik menghadapi ragam dari pelbagai pihak, dari opismate yang bertanya2 sambil memperli – mungkin pemilik silap faham, dari pihak bank yang sentiasa mahukan duit loan – tindakan bank adalah betul, pemilik perlu bayar walaupun kereta accident, dari bengkel – yang kerja macam nak xnk (penulis sedaya upaya mengawal penggunaan perkataan untuk coretan ini) dan dari insurans sendiri – mungkin betul teori study dulu dan mungkin tidak.

Sekian sahaja penjelesan dari pihak pemilik, sekiranya ada persoalan berhubung isu dan hal kisah ini, sila majukan kepada pemilik dan tanyalah terus terang, pemilik ingin melepaskan beban ini dan menjalani kehidupan yang selesa.InsyaAllah. Kepada sesiapa yang memberi sokongan , pemilik mengucapkan terimakasih tdak terhingga.. 

Tuesday, July 13, 2010

JD dan KPI

Pekerjaan berkait dengan gaji, bonus, insentif lain. Ada kiraan gaji mengikut pangkat, ada juga mengikut produktiviti. Dalam menentukan jumlah gaji, penilaian perlu dilakukan. Perkara yang dinilai perlu ditetapkan pada awal sesuatu tempoh, antara penilai dan dinilai. Melalui JD – Job Deskripsi, syarikat dapat mengenalpasti defect dalam operasi, jumlah pekerja yang diperlukan, serta menentukan kadar gaji yang setimpal. KPI pula berfungsi sebagai penanda aras kerja-kerja yang dipersetujui untuk siap dalam satu jangka masa tertentu. Apabila KPI tinggi, petugas diberi kenaikan gaji yang baik, bonus yang berpatutan, manakala jika KPI rendah, bersedialah untuk dihantar surat tunjuk sebab, atau menyertai program peningkatan prestasi. Tidak kiralah bagaimana disebut dalam pengurusan syarikat, KPI, JD sangat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dapat dicapai secara bersama dan adil.
Sekiranya perkara ini gagal ditangani, tidak diuruskan dengan cemerlang, bersedialah untuk menerima persekitaran syarikat yang negatif. Lumrah alam, manusia sentiasa dahagakan pujian / penghargaan dan menjauhi keji dan umpatan. Dalam kondisi inilah, pengurusan perlu peka kepada kehendak petugas.
Sifirnya sangat mudah – Business target mesti diselari bersama KPI petugas agar tiada yang derailment – datang pukul 8, balik pukul 5 – kerja macam biasa = tanpa memikirkan kesan2 kerja jika tidak diuruskan dengan berkualiti atau tidak mengambil inisiatif untuk bergerak dengan lebih maju – contohnya- hari ini dapat produce 100 set kasut dengan cara sama, kenapa tidak boleh gerak kepada 150 set kasut sehari dengan kaedah yang lebih berkesan.
Melalui cara ini juga perkembangan idea akan berlaku seterusnya memacu syarikat ke aras yang lebih baik. Uruslah JD dan KPI syarikat anda sebaiknya…….

Sunday, July 11, 2010

Kayu dan Bola - Stadium Hoki Jalan Duta

1st game - 0 - 0
2nd game - 0 - 0

Layak suku akhir - 0 - 0

Penalti = 3 kali try, 3 kali tak masuk...

Kesimpulannya = Tumpukan latihan kepada finishing...huhu satu gol pun tak masuk..hehe

Kelakar campur kesian...masing-masing jumpa kayu setahun sekali..set keeper pun tak lengkap..

Wrong Impression

Kadang-kadang kita senyum ketika orang tak buat lawak...kadang-kadang kita rasa sedih ketika orang berlawak...kadang-kadang kita blur bila orang lain tergelak..

Kenapa ye.?

Friday, July 9, 2010

Polis Trafik

Tabik untuk polis trafik…waktu hujan dia ada..waktu panas dia ada..kereta banyak..kereta laju..motor swing sana swing sni..lori besar..kontena panjang..dia tetap di tengah jalan..ada polis trafik baik..ada yang nakal juga..adat manusia la..kadang-kadang dia dapat duit raya..walaupun tak raya..tapi, bukan polis trafik je dapat duit raya..ramai lagi dapat, sedar dengan tak je..pasal tu IIM ada…untuk pastikan kadar duit raya kurang bertukar tangan…hehe..

Kayu dan Bola

Esok main kayu dan bola..Dipukul ke sana ke mari..Tak boleh main belakang..Tak sah….
Dah lama tak main..tahun lepas ada main..kadang kena ..kadang tak kena..hehehe..

Thursday, July 8, 2010

Santai..Cakap biar jelas, terang..tanpa dengung..

Kisah 1

Tok Ketua : Korang tau tak?
Anak Buah : Apa dia tok?
Tok Ketua : Orang pakai tie tu tak sah solat tau, tau tak?
Anak buah : isshh, tok ni..biar betul..saya ni dok pakai tie je pegi keje..ok je solat...takde plak orang tegur..
Tok Ketua : Memang la, pakai tie JE time solat memang la tak sah...hehehe..
Anak buah : Entah ape la lawak Tok ni...nasib baik tok ketua..kalau tak...isshhh..


Kisah 2

Orang Politik 1 : Orang barisan tak boleh jadi imam tau...
Orang Politik 2 : ahh, kau ni..jangan la ulang fatwa mengarut tu..jangan main-main agama ni..
Orang Politik 1 : Betul la, kalau nak jadi imam, mesti kat depan, kalau DALAM barisan, bukan imam namenye..huhuhu..
Orang Politik 2 : Patutla kau tak layak bertanding PRU ke 12 hari tu..


Kisah 3

Pekerja : Bos, imam kat surau tadi (time kuliah zuhur) sebut - sembelih pakai selipar sah tau bos..
Bos: eh, ko biar betul..walaupun aku ni cetek agama, aku pun tau, hanya pisau yang tajam sahaja dibenarkan untuk sembelih haiwan...
Pekerja : Ala, biar la tukang sembelih tu nak PAKAI selipar ke, kasut ke, kaki ayam ke, terpulang la..asal selesa dan selesai kejer...
Bos : Pandai jugak ko buat lawak ye..ok, petang ni jangan lupa overtime sampai hujung bulan tau..
Pekerja : Aiseh...

Monday, July 5, 2010

Bangkrap atau Bankrap

...Felda Bangkrap??...haha...macam -macam la nak jadi modal politik..biar senang kena saman, pastu naik court blei la soal yang merapu-rapu..hai, dah takde mende nak cerita ker..

tak reti ke beza kan bankrap atau aset vs tunai...ape la..tiada cash reserve tak semestinya tiada duit..macam sekarang..aku takde RM100.00 pun dalam pegangan tunai, tapi aku bankrap ke? huhu.. pelikla..orang melayu jangan la cepat sangat tersentak dan sensitif..

Lagi satu, perlu ke beri sampai generasi ke 2, ke 3 tanah..ape ke he nye weiii..

kalau parent dah dibantu takkan sampai anak cucu pun nak bertongkat.....

pokok pangkal, beri peluang kepada ramai lagi se kaum ini untuk rasa kekayaan..kerjakan la tanah 10 ekar yang dah dapat tu..rumah pun dah besar kan..

Saturday, July 3, 2010

Balik dari Musang Punya Gua

..Selsai kerja di ladnag bongsu 15, aku dan uncle telah bergerak balik ke KL. Lalu jalan Lojing, Cameron Highland..

Singgah CH, beli la bunga, sayur, teh. Dalam pukul 7 malam dah masuk area Tanah Rata, aku pun tak tau jalan tu, Baru pertama kali lalu.

Jalan memang gelap geltia. Kebetulan hujan, jalan pun berkabus. Mula-mula boleh drift, tapi bila dah lalu atas tebing je, tayar terseret, aku pun surrender..

Sampai ada satu selekoh, kereta dah terbabas,nasib baik tak accident,uncle siap suruh slow lagi.

Di Tapah, perut tak boleh blah lagi, sudah memulas-mulas. Sampai R n R terus cari tandas, buang. Solat dan tak makan, takde selera

Jalan lagi, tapi henti lagi di Sg Buloh, tak blei tahan lagi.Broooowww..kuar semua..

Balik Gombak , pun takde orang buka. Aku pun blah ke Pncak Jalil,broooowwww...kuar lagi..selang sejam setengah aku kuar jer...

Last aku weak giler, esok g pejabat jugak, ingat boleh tahan. G klinik, doc sudah kasi MC.. Aku pun sebat je la..

Dengan Cik Puan, kami pun bergerak ke Shah Alam, amik kad kawin..huhuhu..