Kejadian accident berlaku di Highway Seremban-KL, jam 6.15 pagi pada 24 Julai 2008 (Khamis) selepas kereta Naza yang dipandu di lorong kiri dihimpit oleh sebuah kereta jenis lama - tidak dapat dicam kerana ia berlaku dalam sekelip mata.Mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Pilah, bermalam sehari, sehari sebelumnya berada di Melaka kerana menjalani kursus syarikat.
Selepas beberapa minit menyelamatkan diri (risau jika kereta meletup kerana enjin telah berasap tetapi still running), seorang runner / kaki telah datang dari arah seberang- dengan niat untuk membantu - memperkenalkan diri sebagai Ramli – telah menawarkan diri untuk menarik kereta. Mangsa terus menerima pelawaan atas sebab beliau Melayu dan tiada tanda2 akan ada bantuan dari mana2 pihak. Mangsa hanya sempat call rakan2 yang terdekat dan masih shock dengan ape2 yg berlaku. Ramli telah membawa mangsa ke exit Labu menunggu member tow truck bagi menyerahkan kunci kereta. Mangsa hanya sempat menyelamatkan laptop sahaja.Mangsa telah dibawa ke balai polis Oakland untuk membuat laporan polis tetapi enggan membuat pemeriksaan kesihatan memandangkan mangsa beranggapan tiada kecederaan walaupon kereta rosak teruk. Ramli dengan manis mulutnya menyatakan kereta boleh siap dalam masa 2 minggu.
Ramli telah membawa mangsa minum pagi di depan balai polis dan pergi ke bengkel dalam pukul 9 pagi.beliau juga memberi kad bisnes Chee Kong( bengkel).Mangsa pulang semula ke KL pd pagi Khamis tetapi tidak masuk kerja dan pulang semula ke Seremban pada pagi Jumaat. Pegi ke bengkel bersama rakan, Saiful bagi melihat keadaan semasa kereta. Hanya sempat mengambil beberapa barang dari kereta.
Ramli memaklumkan juga adjustor akan datang beberapa hari untuk membuat penilaian terhadap kerugian kereta jika maklumat seperti geran kereta dan maklumat insurance diperolehi oleh pihak bengkel. Setelah ditanya lebih kurang seminggu selepas kejadian, pemilik dimaklumkan kereta telah mula dibaiki. Ini menunjukkan adjustor bersetuju membaiki kereta -selari dengan keinginan pemilik.
Beberapan hari kemudian (sebelum bersalin) kak Long dan Husband telah pergi melawat kereta. Sejak hari itu, telah dijalankan beberapa kali lawatan dan panggilan telepon untuk mendapatkan perkembangan semasa proses pembaikan kereta. Dalam kisah ini, banyak konflik telah berlaku,dan beberapa watak utama berperanan dalam menghasilkan drama panjang – lagi panjang dari soap opera, La Ursupadora dan Juana Miracle.
Pada beberapa minggu awal, kereta dihantar ke bengkel utama (Chee Kong –CK) dan kemudian dihandover ke Bengkel Welding dan Cat-weng Soon –jika xsilap – selama sebulan - bulan Ogos-kereta Naza tersadai.beberapa kali mangsa pergi ke bengkel, pergi sendiri, bersama bapa, bersama rakan, bersama abang selain panggilan telefon untuk mendapatkan berita. Mengikut jangkaan seminggu untuk membuat pintu kiri depan dan belakang, mengetuk bahagian yang rosak dan mengecat semula.bermakna 3 minggu lebih diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Ketika proses tersebut, semua bahagian telah dikeluarkan dimana enjin, kerusi dan dibiarkan rangka sahaja semata2 untuk membentuk semula kereta.
Selepas dihantar ke Bengkel ketuk, kereta dihantar pula ke bengkel pembaikan enjin / wiring. Selama sebulan (lebih kurang) tersadai di bengkel tersebut. Beberapa kali juga melawat semasa bulan puasa. Tuan bengkel menjangka pada awalnya boleh siap sebelum raya. Tetapi alasan sukar untuk mendapatkan alat ganti / sparepart melambatkan penyiapan kereta.hari raya pun menjelang tiba, kereta masih tidak keluar2 lagi.
Seminggu selepas raya puasa, dimaklumkan (not so called dimaklumkan, memandangkan mangsa sahaja yang membuat panggilan dan follow up, kerana pihak bengkel tidak pernah bertanyakan apa2, memberi perkembangan atau mendapatkan pandangan/persetujuan semasa urusan pembaikan) bahawa kereta telah dipindahkan ke bengkel utama /CK. Pemilik kereta berbunga hati dan berasa penuh harapan. Semasa proses pembaikan, untuk pengetahuan, hanya 2 kali pemilik dimaklumkan kedudukan kereta dibaiki, - setelah disoal berkali-lain dan tercari2 di sekeliling bengkel – pertama ketika kak long datang dengan husband dan kedua ketika pemilik datang dengan abangnya. Adik mangsa hanya mengetahui berita kemalangan beberapa hari sebelum raya puasa atas sebab tidak ingin kerisauan melanda fikiran beliau yang sedang menjalani latihan industri di Cherating.
Keadaan kereta ketika seminggu selepas raya, telah dianggap dalam keadaan yang berpotensi untuk keluar dalam beberapa hari. Tetapi apabila disoal kepada pekerja bengkel, Ah Fat (watak utama di bengkel-mangsa selalu berurusan dengan beliau), beliau menyatakan masih ada beberapa part tidak diperolehi menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi. Tetapi ketika diperiksa, part sepeti rim juga masih tidak dibaiki/diganti baru – menunjukkan seperti tiada usaha yang sepenuh hati bagi memastikan kereta keluar dari bengkel memandangkan telah lebih 3 bulan masa berlalu – dan pemilik kerap menggesa pihak bengkel membaiki dengan kadar segera.
Pada hujung September, pemilik menerima surat dari Kurnia Insuranse (syarikat insurance yang lindung kereta) menawarkan untuk menghapuskan kerugian kereta (total loss) dimana kereta dinilai pada kadar RM20,600 separuh dari jumlah loan.Jika pemilik memilih sebagai total loss, loan kereta akn dipotong kepada separuh shj, tetapi pemilik akan membayar baki selebihnya tanpa kereta (pay for nothing).
Tanggal 05 Nov 2008, ayah, pak ngah dan adik magsa telah ke bengkel dan memaklumkan kereta masih belum siap (rim bleum ganti meskipun enjin telah boleh running pada minggu seblumnya) dan lampu depan pula pecah, pemilik mengesyaki lampu pecah itu disengajakan kerana keadaan kereta telah hampir siap sebelumnya. Hasil lawatan ketiga-tiga ahli keluarga mangsa ini, mereka beranggapan tidak ada apa yang boleh dilakukan selain merujuk pada insurance.
Ibu mangsa telah merujuk masalah ini kepada tukang repair kereta di KPilah – member lama ayah- untuk mendapatkan bantuan – belaiau tidak dapat menolong kerana selain cina sesame cina, beliau juga mempunyai penglaman hampir sama, dimana anaknya menjadi mangsa. Pada pandagan beliau, rugi tetap rugi, Cuma banyak atau tidak.
Dalam hal ini, pemilik menghadapi ragam dari pelbagai pihak, dari opismate yang bertanya2 sambil memperli – mungkin pemilik silap faham, dari pihak bank yang sentiasa mahukan duit loan – tindakan bank adalah betul, pemilik perlu bayar walaupun kereta accident, dari bengkel – yang kerja macam nak xnk (penulis sedaya upaya mengawal penggunaan perkataan untuk coretan ini) dan dari insurans sendiri – mungkin betul teori study dulu dan mungkin tidak.
Sekian sahaja penjelesan dari pihak pemilik, sekiranya ada persoalan berhubung isu dan hal kisah ini, sila majukan kepada pemilik dan tanyalah terus terang, pemilik ingin melepaskan beban ini dan menjalani kehidupan yang selesa.InsyaAllah. Kepada sesiapa yang memberi sokongan , pemilik mengucapkan terimakasih tdak terhingga..
No comments:
Post a Comment