Tuesday, July 20, 2010

12 Kampus Baru UiTM Akan Dibuka Menjelang 2015


JOHOR BAHARU, 17 Julai (Bernama) -- Dua belas kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dibuka di seluruh negara menjelang tahun 2015, yang akan dibina menerusi projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembukaan kampus baru berkenaan sejajar dengan hasrat UiTM untuk memiliki 200,000 pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Daripada 12 kampus itu, enam sudah diluluskan termasuk kampus Pasir Gudang manakala bakinya sedang di peringkat perbincangan untuk diluluskan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Mohamed Khaled yang juga anggota parlimen Pasir Gudang berkata selain Pasir Gudang, kampus lain yang dibina termasuk Pekan di Pahang, Dengkil di Selangor, Tapah di Perak, Jasin di Melaka dan Seremban Tiga di Negeri Sembilan.

Beliau berkata pembinaan setiap satu kampus itu melibatkan kos RM300 juta dengan mampu menampung kira-kira 4,000 hingga 5,000 pelajar dan asrama yang mampu menampung kira-kira 2,000 pelajar.

Menurut Mohamed Khalid, sesebuah kampus kini perlu dibina di kawasan strategik dan kondusif termasuk berdekatan dengan kawasan industri dan perumahan supaya memberi manfaat kepada pelajar dan penduduk setempat.

"Kalau boleh, pendekatan pembinaan sesebuah kampus mesti menyeluruh supaya kebolehan graduan dapat ditingkatkan. Graduan berpeluang untuk dilatih dan yang paling penting pihak industri dapat mengkomersialkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh pihak kampus," katanya.

Mengenai kampus Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata kewujudan kampus itu akan menggiatkan aktiviti pendidikan berasaskan inovasi melalui bidang penyelidikan dan pengkomersialan selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti.

Kampus yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun itu, katanya menawarkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan awam, elektrik, kimia dan mekanikal serta diploma pengurusan perniagaan.

-- BERNAMA


MTUC saran umur bersara dilanjutkan ke 60 tahun

June 11, 2010PETALING JAYA, 11 Jun — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

Katanya MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.

“Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.

Balasubramaniam mengulas dasar kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 semalam untuk menarik modal insan dan tenaga kerja berkemahiran termasuk dari luar negara untuk memacu negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Di samping meningkatkan produktiviti, tenaga kerja berpengalaman juga boleh membimbing pekerja lebih muda, katanya.

Katanya tambahan lima tahun perkhidmatan itu akan membantu tenaga kerja sektor swasta melanjutkan pinjaman perumahan dan komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka dan juga menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. — Bernama





Mungkin kita perlu gunakan data atau statistic untuk pastikan keputusan dibuat selamat dan tidak menyempitkan ruang untuk graduan baru untuk ke pasaran kerja. Data dari banci yang bakal berakhir Ogos ini seharusnya dijadikan panduan.

Cadangan aku:

Bagi petugas yang berumur 50 tahun ke atas disarankan meneroka bidang perniagaan baru kerana golongan ini memiliki modal yang banyak (EPF, Insurans (Investment-Saving), Simpanan lain) serta pengalaman kerja (pengurusan). Berilah pelbagai insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Disarankan juga apabila syarikat dibuka, ambil graduan baru untuk bekerja. Dengan cara ini, pendapatan negara bertambah serta kebergantungan kepada syarikat / perniagaan sedia ada.

Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment