Tuesday, July 13, 2010

JD dan KPI

Pekerjaan berkait dengan gaji, bonus, insentif lain. Ada kiraan gaji mengikut pangkat, ada juga mengikut produktiviti. Dalam menentukan jumlah gaji, penilaian perlu dilakukan. Perkara yang dinilai perlu ditetapkan pada awal sesuatu tempoh, antara penilai dan dinilai. Melalui JD – Job Deskripsi, syarikat dapat mengenalpasti defect dalam operasi, jumlah pekerja yang diperlukan, serta menentukan kadar gaji yang setimpal. KPI pula berfungsi sebagai penanda aras kerja-kerja yang dipersetujui untuk siap dalam satu jangka masa tertentu. Apabila KPI tinggi, petugas diberi kenaikan gaji yang baik, bonus yang berpatutan, manakala jika KPI rendah, bersedialah untuk dihantar surat tunjuk sebab, atau menyertai program peningkatan prestasi. Tidak kiralah bagaimana disebut dalam pengurusan syarikat, KPI, JD sangat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dapat dicapai secara bersama dan adil.
Sekiranya perkara ini gagal ditangani, tidak diuruskan dengan cemerlang, bersedialah untuk menerima persekitaran syarikat yang negatif. Lumrah alam, manusia sentiasa dahagakan pujian / penghargaan dan menjauhi keji dan umpatan. Dalam kondisi inilah, pengurusan perlu peka kepada kehendak petugas.
Sifirnya sangat mudah – Business target mesti diselari bersama KPI petugas agar tiada yang derailment – datang pukul 8, balik pukul 5 – kerja macam biasa = tanpa memikirkan kesan2 kerja jika tidak diuruskan dengan berkualiti atau tidak mengambil inisiatif untuk bergerak dengan lebih maju – contohnya- hari ini dapat produce 100 set kasut dengan cara sama, kenapa tidak boleh gerak kepada 150 set kasut sehari dengan kaedah yang lebih berkesan.
Melalui cara ini juga perkembangan idea akan berlaku seterusnya memacu syarikat ke aras yang lebih baik. Uruslah JD dan KPI syarikat anda sebaiknya…….

No comments:

Post a Comment