Semalam aku g tengok bola sepak Malaysia lawan Korea, dengan adik ipar aku and the gang.
Sebenarnya takde la excited sangat cuma ada masa terluang, aku pun tengah ok poket, ajak la sapa-sapa nak pegi. Lagi pun, jadual Malaysia ni berubah-ubah, kejap lawan Cardiff City la, Real Madrid la..last-last yang dapat Zimbabwe la, Sierra Leone la, bukan maksud aku nak perkecilkan team yang kita lawan..tapi kita mahukan peningkatan, kita mesti keluar dari kepompong semasa kita, jangan nak friendly dengan team kelab atau negara yang ranking FIFA lebih kurang kita.
Apa-apa hal pun, perlawanan persahabatan ini sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan.
Aku dan gadis idaman Malaya telah beli tiket jam 2.30 petang, tak ramai pun beli, ingatkan sampai beratur. Dalam hati pikir, takkan kitorang 4 orang je yang layan...haha..
kebetulan area Bukit Jalil ada karnival usahawan desa, bapak aku dah sampai semalam, wakil peladang N9.
Pukul 3 petang, on the way balik ke Gombak, langit sudah macam mahu runtuh..huhu..
Pukul 4.15 petang, dari Gombak hujan sudah turun lebat giler..aku pun layan je la..dalam hati pikir kena tunda ke game?Memang lebat giler.
Aku pun tak nak la terkejar-kejar dengan cuaca macam tu walaupun time aku kat Jalan Tun Razak dah pukul 4.50, game pukul 5.15 petang. Jadi, aku lalu la kat Besraya, tak masuk Hway Putrajaya.
Masuk stadium, game dah main 20 minit..ok la, ramai jugak datang...ingatkan takde ..
masih 0-0 lagi..player Malaysia memang kalah dari segi body dan fitness la, kawalan bola pun lemah, tapi masih ada ruang untuk peningkatan, sebab bola itu bolat, padang itu rata, dan tiang gol memang lurus kat semua negara.
Separuh masa kedua, Malaysia try kat depan tempat aku duduk, Safiq Rahim try, bola pun masuk..aku pun terkesima...huhuhu...yang penting, masuk...jadi, ramai-ramai jerit..kalau ramai kat stadium mesti lagi gempak..
pastu korean pun panas (sebenarnya dari tadi diorang dah panas), asak kubu Malaysia,tapi kita takde la bertahan je..
ada gak try, tapi kadang-kadang leceh tengok, kejap2 sakit..game tak smooth..
pastu condition stadium pulak, dengan takde counter game, aku pun tak tau berapa lama lagi masa tinggal..
yang penting Malaysia menang...horaaayyy...
No comments:
Post a Comment