Monday, July 19, 2010

Perubahan



Perubahan kerapkali dikaitkan dengan tujuan untuk penambahbaikan. Dalam Islam juga, perubahan disebut sebagai hijrah iaitu berganjak dari amalan semasa kepada yang baru – tidak kira samada berubah tempat, umur, gaya hidup, dan pelbagai lagi. Sebagai manusia biasa, selalunya orang yang tidak ingin berubah pasti akan mengkritik dan mencemuh insane yang ingin mencuba perkara yang baru. Bagi yang complacent dan takut pada kesan perubahan, pasti akan static dan kekal dengan keadaan semasa.
Dalam suasana kerja dan operasi syarikat, perubahan yang diterapkan perlu dilihat dari pelbagai sudut – HR, Kewangan, Operasi dan Kawalan Bajet serta diukur Pro and Cons. Perubahan juga perlu dinilai dalam jangka masa yang panjang serta ditetapkan tempoh masa bagi mengelakkan matlamat perubahan ‘derailment’. Ia juga harus dipantau oleh pihak sepatutnya.
Bagi organisasi yang besar nilai operasinya serta berpangkat multinasional dan telah lama tertubuhnya, pelbagai perubahan pasti mengundang cakap-cakap belakang dari golongan asal. Kaum muda vs kaum tua. Yang penting, asas iaitu objektif perubahan dan visi syarikat – yang sama - tetap didukung setiap petugas – tidak kira berapa banyak perubahan ingin dibuat – jadi global player, naik gaji, kurangkan kos, gaya kerja baru, kemasukan staff yang professional, talented, young – semua mesti memahami tujuan dan matlamat operasi syarikat itu.
Rasanya tiada masalah untuk hadapi semua itu, yang penting ketua dan pengurusan perlu lebih alert dan waspada kesan dari cadangan perubahan yang ingin dibuat – jangan syok sendiri atau piker untuk penuhkan perut sendiri sahaja.hehehe…peace to all..

No comments:

Post a Comment