
Akhirnya berita sampai juga. Harga tiket RM30.00 dan RM50.00 sahaja. RTM pasti siarkan siaran langsung walaupun melangkaui norma pemberitaan mereka..
Penangan final Piala AFF. Ada pihak sudah merencanakan majlis sambutan kepulangan pasukan yang berjaya ini dari KLIA nanti apabila pulang dari GBK dengan kemenangan.
14 tahun lepas iaitu tahun 1996, aku masih sekolah rendah lagi, ketika Malaysia layak ke final kejohanan bola sepak serantau ini. Masa tu EPL tak masuk sangat lagi, TV3 yang selalu siarkan, La Liga pun tak kenal, Bundesliga apatah lagi. Maka Liga M masa tu memang dinanti-nantikan, malah kalau pasukan kebangsaan perform baik, maka bersemangatlah untuk ke sekolah paginya..
Tahun ini, aku dah suku abad, Malaysia melangkah lagi ke final Bola Sepak serantau. Caranya sama sahaja, semasa di Sukan SEA 2009, Malaysia kalah 1st game dan terus bounce back sehingga final dan menang. Skrip nya hampir sama juga, berlaku di bulan Disember juga, Malaysia kalah teruk game pertama dan terus bounce, harap-harap final kali ini skrip juga sama, ditamatkan dengan kemenangan.
Hanya ada 2 perkara yang lain iaitu, pasukan Malaysia ramai yang injured, bukan 1st team dan perlawanan akhir ada timbal balik, maka kemenangan di Bukit Jalil bukan kemenangan mutlak lagi kerana ada 1 round perjuangan di GBK.
Apa pun muslihat FAM atau pengurusan KSN menaikkan harga tiket samada ingin mengaut keuntungan atau mengelakkan ramai Mat Indon yang beli tiket, sama-sama kita pastikan kehadiran di Stad Nasional milik Malaysia.
No comments:
Post a Comment