Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki


Beberapa hari ini, ramai rakyat Malaysia sibuk perkatakan tentang perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia dalam Piala AFF Suzuki, termasuklah aku sendiri.

Tiket perlawanan akhir dah ada. Tunggu masa je nak serbu stadium.

Secara realistik, pasukan Malaysia sejak 90an selalu memberi harapan palsu, tetapi aku tak mahu menyentuh sejarah silam dan rekod lalu sebab sejarah tetap sejarah, yang penting kejadian sekarang.

Aku datang ke stadium bagi beri sokongan berbanding kutuk di TV. hehehe..baik kutuk di padang, sekurang2nya ada jugak manfaat.

Apa pun aku berfikir positif bahawa pasukan Malaysia boleh menang dengan syarat jangan perform macam lawan Vietnam di Mydin minggu lepas. Boleh kena bolos macam tu.

Selamat menyokong dan menonton perlawanan tersebut. Pasti menarik..hehehe..

No comments:

Post a Comment