Sunday, December 12, 2010

Dorm

20 orang dalam satu bilik. Masing- masing ada locker sendiri. Mana yang kedekut atau berkira makanan atau rasa lapar - sebenarnya mereka ini tidak mahu makanan yang sedikit itu tak dapat dirasai oleh 19 orang lain maka mereka ini pun makan dalam locker . Jangan bayangkan..

Pagi ahad, kalau mereka semua hilang dari asrama, bukan tandanya mereka tidak mahu sertai gotong royong tetapi mereka sangat rajin belajar hinggakan jam 7.30 pagi mereka telah ke kelas Prep.

............................

Bersukan hanya sejam sehari. Maka, jam 5.00 hingga 6.00 petang berbondong2 la warga asrama untuk bersukan. Tetapi, ruang yang kecil tidak mampu menampung seramai 700 pelajar untuk beriadah. Alasan ini sesuai digunakan dulu..

...........................

10 tahun lepas. Kalau lewat turun Solat Subuh berjemaah di Surau akan disapu tapak tangan dengan buluh sedikit sahaja, tak sakit. Alhamdulillah sekarang ni rajin sembahyang subuh.

No comments:

Post a Comment