Sunday, December 19, 2010

Layak Ke Final AFF Suzuki

Ahad ni insyaAllah ke Bukit Jalil la lagi nampak gayanya.

Tahniah kepada pemain bola sepak Pasukan Malaysia kerana layak sekali lagi ke pertembungan peringkat Asia Tenggara. Satu pencapaian yang baik, menunjukkan keputusan konsisten sejak menang emas Sukan SEA, walaupun tidak dibarisi pemain utama.

Bagi para penyokong, kita perlu menjadi realistik kerana dalam jangka masa pendek, kita tidak boleh terus meraih keputusan yang positif sahaja.

Mengikut ranking terbaru yang diedarkan pada 15 Dec di laman web FIFA menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 144 dan dijangka akan meningkat lagi dengan keputusan memberangsangkan ini.

Yang penting, teruskan perkembangan dan asas yang kukuh. Jadi positif dan main game yang lawa.

Nasib baik forward Vietnam tidak berapa menjadi kredit juga pada penjaga gol, Khairul Fahmi kerana persembahan yang sangat cemerlang dan berani.

Semoga kita berjaya menjadi juara baru Pertandingan bola sepak peringkat SEA ini.

No comments:

Post a Comment