Wednesday, December 29, 2010

Nasib baik aku ada di situ..

Nasib baik aku di kalangan penonton bola sepak hujung minggu lepas.

nasib baik aku dapat rasa kehangatan dan kemeriahn pasukan Malaysia menang...

malam ni kita kalah..tetapi kita menang...

perjuangan belum selesai selagi kita tak layak Piala Dunia.

Teruskan usaha pasukan Malaysia..mungkin ini bukan pasukan yang layak, tetapi yang penting nama Malaysia tercatat sebagai pasukan bertanding.

Lepas ini, ranking akan meningkat dan kita boleh teruskan dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan handalan lain.. Jangan hentikan usaha kebangkitan ini.

Kita mula susun semula strategi dan kerangka program pembangunan pasukan Bola Sepak Malaysia.

Mulakan dengan penyusunan liga dan cungkil pelapis serta pemain berbakat di segenap posisi supaya tidak tandus. Tarik minat para penyokong.

Sokongan kewangan juga mesti lebih baik. Jangan satu pihak sahaja seperti TM. Pasukan Kelantan telah beri petunjuk bagaimana untuk dapatkan financial supporter.

Pemain import tiada pun takpe. Tetapi teruskan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Serapkan taktikal permainan yang maju dan bukan tau clearance tak tentu arah sahaja.

Apa pun ini adalah titik perubahan. Syabas pasukan Malaysia. Teruskan peningkatan.

No comments:

Post a Comment