2 perkara yang sangat perlu dihargai oleh kita dan dimanfaatkan sebaiknya adalah waktu sihat dan waktu senggang. .
Aku tak pasti samada ini hadis atau perumpaan oleh bijakpandai kita, tetapi apa yang disebut memang sangat bernilai dimana jika kita terlalu sibuk pasti kita akan memikirkan tentang waktu lapang untuk berehat atau bersantai, selain kita tidak mampu memutar waktu. Ni bukan cerita Doraemon atau Back To The Future dimana tiada seorang pun di dunia ini mampu pulang waima sejam yang lepas.
Begitu juga dengan kesihatan diri. Bagi orang sakit, pasti mereka berdoa untuk sihat segera dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. Badan kita ini merangkumi rohani dan jasmani dimana selain dalaman / akal kita, fizikal juga perlu dijaga rapi kerana ia adalah pinjaman sahaja dan perlu dipulangkan semula - sebaiknya dalam keadaan yang tiada perubahan ketara.
Kesihatan juga merupakan faktor dalam menentukan kecemerlangan sesebuah negara. Bagaimana proses perkembangan ekonomi negara boleh berjalan lancar sekiranya kadar kematian sangat tinggi disebabkan oleh penyakit utama?
Kumpulan Perladangan tempat aku mencari rezeki sejak beberapa bulan lepas telah mengambil inisiatif bagi menangani isu tuntutan perubatan / kadar rawatan dan cuti MC yang semakin tinggi dengan menjalankan saringan kesihatan seterusnya menganjurkan kursus kesihatan. Bak kata pepatah MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.
Ex tunang akun pun dah pergi kursus tu beberapa bulan lepas, jadi kali ni giliran aku pula. Kursus selama 2 hari ini berkisar tentang diet seimbang, pengiraan tahap kecergasan dan kesihatan seseorang, senaman ringan dan nasihat dari pakar penjagaan kesihatan.
Semoga aku dapat menjalani program ini dengan jayanya.....
No comments:
Post a Comment