Tuesday, December 14, 2010

Wayang

Dah lama tak dating..banyak keluar stesen je...

jadi semalam rancang pekena satay dan tengok hantu kak limah..

sejak awal minggu sibuk je..sabtu ke Johor Bahru ada kenduri, ahad pun ada kenduri, takde masa untuk diri sendiri..

siang tadi dalam tengah hari tempah la seat di GSC Alam Anda...dapatla seat kurang-dongak sedikit je..

satay kajang kat MEX takde ..tutup atau cuti tak tau la...

wayang jam 8.30 malam..

yang time lain memang penuh..dengar kata 2 hari je dah kutip rm1.2 juta..tahniah la en Mamat Khalid..atas buah tangan yang menarik nie..

cerita ni simple dan ringan sahaja..tentang kehidupan di kampung yang diganggu oleh makhlus halus..

menampilkan awie, johan, zami ismail, umi nazeera, dan pelakon lain yang bese dengan mamat khalid..

sebab utama aku nak tengok cerita sebab tajuk yang kelakar..

walaupun orang kata dont judge a book by its cover..tetapi film yang ni lain sedikit..

kebetulan aku nak tengok wayang dan beberapa ciri film membosan kan iaitu cerita orang putih, cerita razak mohaideen dan cerita david teo - cerita stereotaip je..

cerita sangat menarik cuma ada beberapa perkataan rasanya perlu diperhalusi penggunaannya seperti Bushit, Kopek...hehehe..

tapi untuk hiburan..layan je la..

datang la ramai2 sokong filem menarik inie..

No comments:

Post a Comment