Thursday, December 16, 2010

Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam



Semalam pergi ke Stadium Nasional dengan 2 orang lagi – adik dan officemate. Game start jam 8 malam. Ramai juga datang lebih kurang 40,000 orang. Ok la, ramai orang datang untuk sokong bagi pasukan yang baru meningkat.
Keputusan 2-0 Malaysia menang, alhamdulilah 2 jaringan Safee Sali – gantian .
Keseluruhan :

1. Padang di Stadium perlu diperbaiki kerana banyak rumput tercabut dan pemain – pemain terjatuh serta larian atau sepakan bola tidak menjadi.
2. Midfield pasukan Malaysia perlu kerja lebih lagi kerana pasukan Vietnam sangat hidup di bahagian tengah dan perkara ini boleh jadi masalah semasa timbal balik di Hanoi nanti.
3. Penyokong Malaysia perlu lebih bermoral kerana aksi baling botol atau mercun sangat berbahaya malah jika tidak dikawal, boleh mencetuskan kacau bilau.
4. Waktu perlawanan agak tidak sesuai, jam .8.00 malam – awal kerana ambil kira akan ditonton seluruh Asia Tenggara. Selalu game Malaysia 8.45 malam.
5.Malaysia bermain baik walaupun ada gangguan dari permainan kasar atau keputusan2 pengadil yang pelik. Tetapi pasukan ini dan pelapis perlu diteruskan dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang ranking lebih tinggi serta sertai kejohanan yang kompetitif. Liga Malaysia pun perlu dikemaskini.
6. Hantaran pasukan Malaysia agak kurang – rating 6 dari 10. Bola selalu dihantar tidak tepat, pemain tak buka / cari ruang, hantaran tiada idea atau tidak one-touch game. Kadang-kadang bola dihantar melantun-lantun seolah2 disepak dengan keting bukannya dengan foot-area yang sepatutnya.
Dengan keputusan dan peningkatan pasukan, serta kurangnya campur tangan / komen dari pengurusan FAM, aku semakin bersemangat untuk menyokong pasukan Negara. Dengan syarat, tiada campur tangan berlebihan dan pasukan sentiasa ada kompetitif game / pelapis di ‘groom secara berperingkat.
Selamat berjuang Harimau Muda.

No comments:

Post a Comment