Beberapa hari ni rasa macam stress di office.. dengan kerja banyak tetapi my boss said kerja tak banyak dan tak penting pun.. jadi gua rasa bengkek la.. tapi takpe, terapi emosi perlu dibuat kalau tak nak menjadi keadaan yang kucar kacir.
Agaknya perlu gunakan pendekatan ‘urget dan importance’ iaitu.
1. Urgent and importance
2. Not urgent but importance.
3. Urget but not importance
4. Neither urgent nor importance.
Pagi tadi jadi suatu keadaan yang silly, apabila aku memberi respon yang salah dan beremosi.
Sungguh tak matang betul. Semoga hamba Allah itu memaafkan aku.. Teruk betul aku..
Keadaan kadangkala membuatkan kita jadi tak betul..Maafkan aku..
...Setiap orang pasti ada sisinya yang lain, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Malahan empunya diri kadang kala keliru dengan sisi hidupnya itu......
Tuesday, February 15, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Monday, February 7, 2011
Perjalanan Yang Jauh
..
Apabila pulang dari kampung ke KL, jalan mesti sesak, maklumlah 9 negeri nak hala ke KL je..

Saturday, February 5, 2011
Jalur lebar Maxis
Akhirnya Maxis Broadband sampai juga ke Kuala Pilah.
Nasib baik Celcom buat hal. Kalau tak tak tau si Hijau dah sampai..
hehehe..

Tuesday, February 1, 2011
Air Melimpah ...
Beberapa hari lepas di utara, cuaca sangat panas sekali..
Tetapi kini di bahagian Selatan Malaysia, negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sedang dilanda banjir.

Doakan Mereka Selamat...
Mereka ke sana untuk menimba ilmu. Ada juga yang mencari rezeki dan pengalaman baru.
Semoga selamat hendaknya..
Mesir sekarang sedang bergolak dengan rusuhan pelajar.
Semalam di TV3 ada baapa yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana anaknya masih terperangkap di Lapangan Terbang dan tidak diselia oleh mana-mana pegawai kerajaan Malaysia.
Apa la punya selfish pemikiran.. Anaknya sudah hampir pasti akan dapat keluar dari Mesir tetapi bagaimana dengan beribu-ribu lagi rakyat kita yang masih terperangkap di sana...Ramai lagi pelajar yang masih perlu diselamatkan. Jangan pikir anak anda seorang je sampai sanggup telefon berita TV3 semata-mata hendak tarik perhatian umum..
Entahla..

Perpindahan....
Semalam sudah tutup tingkap perpindahan (?) dengan Liverpool dan Chelsea membuat pembelian tertinggi. Kesian Newcastle, sape la scorer lepas ni..
Apapun malam ni Negeri 9 ada game, tapi nampak macam tak dapat green light la. Sabtu lepas dah layan lawan Harimau Muda dalam hujan...huhu..

Sunday, January 30, 2011
Update
Semalam tengok bola sepak Negeri Sembilan lawan Harimau Muda Adi di Paroi..Beli tiket on the spot je, kalau ada adala, kalau takde balik la pilah terus..
Nasib bek tiket ada..jadi layan la dalam hujan lebat tu. tengok tak ramai pun datang, ujan kot.bek layan dengan Rauf Abd Rahman Radio Malaysia N9 je..boleh layan teh dengan biskut kering sekali..
Permainan slow dengan padang licin, pemain n9 pun macam tak serasi je..passing lambar teragak2, takut jatuh kot..
Apa pun n9 menang minit-minit akhir..tetapi beberapa penyokong N9 perlu disekolahkan la..pelik betul perangai baling mercun, botol air siap dengan maki dan carutan lagi..
Hujan memang tak renti turun..
Balik ke pilah lebih kurang pkul 10.45 malam, sampai di area terachi sudah ada kereta terbalik..tak tau..tetapi kawasan area gelap dan bengkang bengkok..
....

Thursday, January 27, 2011
Pembaharuan Liga Malaysia

Akhirnya logo baru Liga Super Malaysia didedahkan kepada umum.
Dengan penajaan berjumlah RM120 JUTA selama 4 musim dari 2011 -2014 oleh Astro pasti menyaksikan kebangkitan liga. Diharapkan..
Beberapa perubahan yang diambil adalah setiap pasukan bertanding akan diberi ganjaran tak kira kedudukan mana, pasukan yang ditayangkan perlawanan turut diberi insentif..
Semoga dengan perkembangan baru ini, liga kita makin bertambah meriah..
Tahun ni tetap sokong si Rusa..hehe..
Apapun tahniah kepada pengurusan FAM yang baru..nampak lebih fresh dan bersemangat...
Novel Interlok Akan Dipinda?

Kenapa nak pinda Interlok?
Adakah anda semua dah baca hasil karya agung penulis ini sebaiknya?
Kenapa ada yang mahu emosi? Ada yang tercalar maruah ke?
Sebaiknya kita kaji kesan negatif melambatkan keputusan ini kerana anak didik terutama yang akan ambil SPM tahun ini pasti terkesan. Subjek sastera Melayu merupakan komponen penting kepada penilaian nanti.
Kepada yang ada kuasa, guna la sebaiknya. Fikirkan kuasa yang diberi untuk kebaikan bangsa dan negara serta agama. Bukan untuk perut sendiri je, silap buat keputusan kelak negara tergadai oleh pihak tak bertanggungjawab.
Agenda tertentu perlu diselidik dan difahami. Takkan kerana beberapa perkataan dalam buku yang secara terang telah menerangkan identiti sejarah dan asal usul sesuatu kaum hendak dinafikan. Lupa daratan namanya itu.
Fikir-fikirkan....
Monday, January 24, 2011
Cuti cuti Malaysia
Membuka kalendar 2011 dengan cuti ke Utara.
Pagi Sabtu jam 6.55 dari Gombak dan bergerak ke Lumut.
Hampir sampai di Lumut tetapi salah jalan, ingatkan Pantai Remis tu dekat je dengan Lumut rupanya hampir 30 km jauh beza. Dah buang 60 km untuk pusing ke Lumut.
Lumut terletak di Daerah Manjung. Tahu pun sebab tak sengaja.
Tak sangka Sabtu pun boleh kena saman tak bayar parking.
Pakcik yang nak tolong bayar saman pun pusing-pusing cakap, tak pasal kena pau RM20.00. Takpe pakcik, rezeki kan.
Kemudian dari Lumut terus ke Kuala Perlis. Sampai di Gurun memang tak boleh tahan lagi, maklumlah gerak dari KL lagi dah rasa macam nak demam, kemudian sepanjang jalan rasa macam panas sangat. Tukar pemandu dari Gurun sampai la ke Kuala Perlis.
Lebih kurang 5 jam sahaja dari Lumut ke Kuala Perlis. Masuk lebuh raya Utara Selatan di persimpangan Bandar Baharu.
Di Kuala Perlis, memang dah book 2 malam, tapi recep dengar 1 malam je, bengang jugak la tapi nak wat cmne kan..
Jadi pagi Ahadnye bergerak la ke Langkawi untuk mencari hotel lain. Nasib baik dapat Grand Con - cikai gak la, takde Astro pun, seterika pun share, prayer mat pun takde, cokia gak .. tapi memang ni standard Grand Con pun, harap mahal je.. Kat Kuala Terengganu pun camni, kat Kuantan pun camni gak.
Apa pun semua yang jadi mesti ada hikmahnye..

Thursday, January 20, 2011
Pepatah Asri
- Yang Buta diSuruh Menyalakan Api
- Yang Tuli Diarah membakar meriam
- Yang Paruk diajar mencari buluh
Pepatah diatas diajar oleh rakan sepejabat apabila menyentuh tentang peranan petugas mengikut kemahiran tersendiri. Ada petugas ok di jabatan ini, memang kemahiran dia. Tetapi bagi yang tidak mahir, boleh lah dirotate…

Ambil Duit…

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.
Tak tau la nak kata sebagai rezeki atau mencuri kerana pasti operasi penyediaan wang syiling secara berkelompok ini menyediakan insurans perlindungan, oleh itu, tiada kerugian yang ketara oleh syarikat tersebut. Walaubagaimanapun, insiden ini memberi gambaran jelas imej rakyat Malaysia apabila memperolehi peluang. Sudah tentu wang tersebut bukan hak mereka, jadi sifat pencuri sangat jelas ditunjukkan.
Teringat ketika di zaman university dahulu dimana makanan di letak bawah hall, dan diberi pesanan ‘Letak Bayaran di Sini’ – dimana aspek kejujuran dan ambil berbayar sahaja diberi kebenaran. Selain itu, konsep take it as you paid juga diamalkan bagi pembelian surat khabar kerana ia memudahkan tetapi ada sesetengah kawasan kita perlu fikir kembali – bolehkah ia diamalkan?
Monday, January 17, 2011
BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA..
Tanpa ibu bapa, pastinya kita tiada di dunia, nikmat hidup yang sementara ini. Melahirkan kita, membesarkan kita, memberikan nama baik kepada kita, mendidik kita – banyak perkara yang membantu kita berada di mana kita sekarang. Didikan anak bergantung kepada haluan yang diberi oleh ibu bapa. Apabila kita telah matang dan boleh menjaga diri sendiri, menjadi tanggungjawab pula untuk menjaga mereka dan membahagiakan.
Mungkin ada yang bergaji besar, dan berharta boleh memberi kesenangan kepada mereka. Bagaimana pula dengan yang tidak berpendapatan besar dan senang? Sebenarnya banyak cara lagi untuk memberi hati mereka senang. Selain mendoakan mereka, kita turut boleh melawat rakan-rakan karib mereka atau saudara yang mereka senangi.
Dewasa ini, kebanyakan golongan muda termasuk saya, rasanya sangat sukar untuk melawat kaum tua tanpa ditemani oleh ibu bapa sendiri. Malahan, kalau ingin join kenduri pun sangat sukar sebab perlu berkenalan dan berkomunikasi dengan saudara lain. Walaupun perkara ini bukan merangkumi ramai dari kita, tetapi kesedaran menghormati dan memberi belas ihsan kepada kaum tua sedikit sebanyak membantu melahirkan keluarga seterusnya masyakarat penyayang.
Dalam keadaan ini tiada yang silap kerana dengan kadar populasi yang semakin besar, jarak antara satu tempat semakin jauh, malahan rantaian keluarga yang semakin lebar, ada yang tidak berkesempatan berjumpa, atau berkenalan. Tetapi ia boleh ditangani menerusi laman social seperti Twitter atau Facebook. Malahan dengan kecanggihan email dan sms pasti memudahkan kita berhubung.
Selalunya memanglah orang tua-tua selalu membebel atau berceloteh, maka kita luangkan sejam lebih atau 2 jam untuk berjumpa mereka, kerana dengan pengalaman yang banyak tidak mustahil ia membantu dalam kehidupan kita akan datang.
Setiap yang muda pasti tua, setiap yang Bujang pasti ada pasangan. Akan sampai masa kita menerima kunjungan dan melayani hari tua. Selamat berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara dan rakan-rakan ayah ibu kita.
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Friday, January 14, 2011
Facebook Tutup?
Dikhabarkan MukaBuku ini akan ditutup dalam waktu terdekat iaitu 15Mac atau 15Jan disebabkan tokeynye iaitu Mark Zuckerberg sudah tidak mampu mengawal ketagihan dan trafik pengguna yang semakin hari semakin bertambah.
Maka, dengan khabar angin(?) ini ramailah pengguna memforward dan memberi respon yang positif dan negatif mengikut pandangan masing-masing. Malah beberapa radio komersial menyajikan topik ini sebagai intipati perbualan siaran mereka bagi mendapatkan maklumbalas pengguna.
Biasalah adat hidup ini, bila datang pasti ia pergi. Tak kisahlah bentuknya, sebab yang kekal hanya Dia sahaja. Kalau betul ia berlaku, anggap sahaja ia umpama penceraian yang berlaku kepada Friendster, My Space, Hi - 5 dan rakan-rakan sosial sepertinya.
Teruskan kehidupan anda dan jangan tangisi sesuatu yang tak pasti....hehehe..

Tuesday, January 11, 2011
TERJEMAHAN
Ilmu dan pengetahuan merupakan pemangkin kepada pembangunan sesuatu bangsa. Tanpa peningkatan atau percambahan ilmu, pemikiran bangsa tersebut akan berada dalam lingkungan idea yang sama dan tiada perkembangan. Pelbagai kaedah dijalankan untuk memastikan peningkatan ilmu. Penubuhan pelbagai institusi pemikiran dan pusat pembelajaran merupakan langkah normal bagi sesebuah Negara dan kelompok bangsa.
Antara kaedah lain juga adalah dengan menterjemah.Selain tujuan komersial seperti memasarkan idea (filem, novel atau bahan berita), terjemahan juga merupakan satu bidang yang sangat penting bagi memajukan sesebuah bangsa. Kemasukan kepandaian bangsa lain tidak boleh dikongsi tanpa pemahaman apa yang diajari atau dimiliki ilmu tersebut. Orang Melayu tidak akan faham kitab agama jika alim ulama dari Nusantara ini tidak mengetahui dan memahami bahasa dan tatabahasa Arab. Begitu juga para pelajar kita di Benua Eropah seperti Perancis, Jerman dan England jika tidak mengetahui bahasa mereka.
Mengetahui sahaja tanpa dikongsi dan diterjemah seterusnya didokumentasi pasti tidak akan merubah apa-apa. Seni terjemah sangat istimewa. Silap terjemah pasti membawa maksud berlainan. Lenggok terjemah juga perlu difahami. Gaya marah, sedih, dan pelik memberi kesan bertentangan. Laras bahasa yang tidak kena membawa impak negative kepada pembaca atau perujuk maklumat tersebut.
Di Malaysia, Institut Terjemahan Negara (ITNM) http://www.itnm.com.my/ merupakan pusat terjemahan dan penyedia khidmat terjemahan yang berprestij selain syarikat seperti PTS Publishing juga memberi khidmat yang sama.
Dalam memastikan kemandirian budaya membaca oleh rakyat Malaysia dan perkongsian maklumat antara Negara lain, aspek terjemahan sangat relevan dan memberi kesan positif. Terjemahan juga memberi ruang kepada keaslian sesuatu perkataan seperti jerayawara dan sayembara.Asli ke?

JUNIOR EXECUTIVE
Bagi kalangan rakan-rakan yang baru sahaja menjawat jawatan eksekutif / pelaksana, 3-5 tahun masih lagi dianggap sebagai junior dan agak kurang yang menerima kenaikan sebagai senior dalam temph tersebut.
Dalam tempoh 3-5 tahun, junior exec akan menerima banyak cabaran termasuk memahami corak kerja di pejabat, selain menangani perangai staff lama yang complacent dengan cara kerja sediada. Selalunye JE – Junior Exec kelihatan sangat bersemangat memahami, mempelajari dan mengimplemen apa yang di pelajari di Universiti / Kolej / Tertier Line di dalam pejabat. Bagi yang pernah praktikal , tempoh tersebut juga digunakan untuk membiasakan diri dengan politik pejabat.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan JE ingin mencapai sesuatu yang positif di tempat kerja, kadangkala pegawai-pegawai atasan melihat golongan ini sebagai terlalu keterlaluan maka dicantas oleh kerana risau berlaku seperti Hang Nadim mengajar rakyat Temasik melawan todak.
Sebenarnya perkara tersebut jarang berlaku, yang pasti adalah ramai Senior pasti membimbing JE untuk menjadi pegawai atasan yang berkaliber dan berkeyakinan.

Monday, January 10, 2011
AJL 25

baru selesai menonton AJL 25 sekejap-sekejap. Sebab aku menyambil buat kerja lain. Hehe.. ada beberapa lagu yang dipertandingkan. 12 ke 14 ek..tak abil tau pulak..
Jangka dengan isteri, lagu Hanyut Faizal Tahir menang, rupanye yang lain pulak ..
Jadi keputusan penuh adalah:
Persembahan Terbaik - Faizail Tahir - Hanyut ( Lemas dalam air...)
Vokal Terbaik - Hafiz AF8 (Dari Kilang Astro Akademi Fantasia...)
Tempat ke tiga - Ajai - Hafiz - Noktah Cinta
Tempat ke 2 - Meet Uncle Hussain dan Sapa tu Vokalis ek.. - Drama King
Pertama - Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku..
Kenapa Lain Tak Menang..?
1. Shahir .Kena Lempang.
2. Stacy. Ingatkan orang Jepun.
3. Yuna. Melodi tak Original
4. Dira. Ingat Konsert AF ek..
5. A.P.I . Ketua Juri M Nasir le...
6. Tomok. Takpe..ko dah jutawan,enjoy la k..
hehehe..apa pun lagu anda semua memang dah terbaik, tetapi mesti cari pemenang juga, kalau tak, majlis tak selesai.
Selamat mencipta lagu yang lebik baik dan menarik.. Untuk aku..
Saturday, January 8, 2011
Perubahan

Apabila masuk dalam tempoh yang baru, mesti ada perubahan di buat. Tak kira la apa tempoha perakaunan baru ke, tahun baru ke, bos baru ke..mesti dibuat..untuk memastikan komuniti tidak terbawa-bawa skop yang lama..
Tahun baru ini, office aku terima hadiah baru - meja dan cubicle baru. warna lebih greening...tak tau la cubicle lama tu nak hantar mana..nampak elok lagi...huhuhu..
Friday, January 7, 2011
Penyimpan Mohor Besar Raja Bersara
Penyampai tarikh mula puasa dan raya dah bersara mulai esok. Sudah 78 umur beliau ek. Lama jugak jadi orang kanan raja dan sultan. Mesti banyak pengalaman.
Kenapa beliau ini sangat memberi kesan kepada aku? Mana taknye, sejak dari kecil lagi, memang wajah dan gaya beliau mengumumkan tarikh -tarikh penting perayaan Islam tersebut sangat signifikan. Bayangkan, ada ramai yang cuba berlakon jadi beliau terutama bila masuk lakonan raya atau puasa.Boleh rujuk video youtube ini (courtesy pada penyiar...hehehe)..
Apabila beliau memberi pengumuman dengan gaya tenang, dan membawa khabar gembira, rasa overjoy..huhu..
Semoga persaraan beliau memberi ruang baru kepada pengumum tarikh raya lain. Walaupun beliau ada banyak tugas lain yang lebih mencabar, tetapi pengumuman raya memberi kesan yang sangat mendalam..hehehe..
Selamat bersara Tn Engku..Selamat beristirehat dan tanggungjawab tuan telah dijalankan dengan jayanye...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EngkuIbrahimbersaraesok/Article

Kenapa Melaka banyak tangga batu…

Aku pelik jugak kenapa di negeri Melaka banyak tangga batu…cantik-cantik pulak tu..
Walaupun mereka berumah kayu, tangga batu berwarna warni tetap menjadi tradisi..
Sampai ada kawasan dinamakan Tangga Batu…
Apabila ditanya pada kawan-kawan yang berasal dari Melaka, mereka kata dulu-dlu orang
Melaka terkenal dengan bersilat, asal ada je orang teriak dari luar rumah, semua terjun kat
tangga, akhirnya tangga jadi tak tahan yang asal dari kayu, Maka, diubahlah bahan material
pembuatan tangga dari batu. Semakin ramai yang ikut tradisi tersebut sehingga kini, untuk
mencantikkan lagi seterusnya digubah tangga tersebut dengan ukiran yang menarik.
Kebenaran cerita takde yang kaji atau aku tak sampai lagi tahap tersebut, maka kalau ada masa,
sesiapa terutama orang Melaka boleh la kaji ye…
Wednesday, January 5, 2011
Ahli Mesyuarat Tingkap
Mesyuarat atau diskusi
Setiap hari kita yang bekerja atau tidak ni pasti akan melalui saat-saat bermesyuarat atau berdiskusi. Nama lain meeting. Time meeting ada orang suka sebab boleh relax, Nampak sibuk dan penting selain boleh minum.. Kalau meeting dengan pihak luar dari organisasi atau jabatan kita pasti lagi menarik kerana boleh bincang dan berkenalan dengan ramai orang seterusnya link bertambah.
Beberapa perkara yang selalu berlaku ketika meeting tak kira la meeting official, unofficial, meeting kampong atau meeting ringkas sahaja samda sedar atau tidak:
1. Mesyuarat pasti ada minum-minum (kalau mampu dan berkemampuan), kecuali pada bulan puasa. Bagi yang tiada kemudahan minum dipejabat, pasti akan dibawa ke coffee house berdekatan.
2. Kadang-kadang meeting boleh jadi mengarut atau meleret2 sehingga lari dari tajuk tetapi ia bagus juga supaya fikiran kita tidak terkongkong pada sehala sahaja.
3. Ketepatan masa sangat penting terutama bagi mereka yang selalu masuk lambat atau saja2 masuk lambat (bagi yang nak Nampak penting la tu)…pengalaman time study dulu, pengerusi meeting akan masuk dulu dan chair around 10 minutes. After that, he or she will locked the door to ensure all AJK in room to mitigate distraction from anybody who late join.
4. Terlelap. Apabila meeting meleret atau ada sleeping partner dalam meeting, atau juga sifat mereka senang terlelap, pasti insiden member jentik member, or pengerusi berdehem2 pasti jadi kebiasaan.
5.Gangguan semasa meeting. Bunyi telefon la, main SMS la, cakap belakang la..kadang-kadang pelik betul- silent la handset tu..bukan susah pn..blei vibrate ape..terkejut member yang tdo dengar bunyi hanset awak tu..hehe..kadang-kadang kelakar jugak tengok orang tua terkejut bangun tdo..
6. Ada juga yang dijemput meeting, tapi buat dek ora buat2 lupa je..hargai la skit jemputan yang diberi tu, tanda peranan dan tugas awak dihargai..hehehe
7.Tak susul atau tiada minit / perkara dalam minit lain dari dibincangkan pun satu hal jugak..Susah kalau kena macam nie..Tu pasal meleret atau tertinggal.
Meeting sebenarnya menjadi penentu dan perkongsian maklumat antara banyak pihak..Semoga meeting anda menjadi lebih berkesan selepas ini…hehehehe…

Stesen Harian
Setiap hari dari PJ (Puncak Jalil) – nape panggil Jalil ye? Sapa ek Jalil tu?....ke Jalan Tun Razak..lebih kurang 45 minit…sebenarnya dekat je dalam 25 km..tapi jalan simpang sana, simpang sana, lampu trafik banyak pula lagi, dengan perangai driver termasuk aku yang suka cilok sana – sini, tapi yang betul masalah bila susunan dan keadaan jalan yang berlubang di banyak tempat lagi menyukarkan.
Perjalanan yang agak lama itu, aku dah cuba drive seorang – memang membosankan..nasib baik berdua.
Setahun yang lepas kami lebih gemar Radio ERA, sebab ada lawak gila-gila dari Pak Nil dan Arwah Din Beramboi. Walaupun lawaknye mengarut, tetapi ia sangat membantu terutama ketika anda berada dalam kesesakan jalan raya di KL yang sememangnya menyesakkan. Sekurang-kurangnya tangan takde la gatal nak tekan hon atau signal kiri kanan untuk tukar lane.
Tetapi sejak gandingan Pak Nil itu dah pergi, memang kami terasa jugak..cuba juga layan ray, hanif dan pak nil, memang tak boleh masuk pun, pengisian mereka ni pun agak kurang menarik perhatian dan membuatkan kepala susah berfikir – ini pendapat aku je..
Jadi kami pun berubah ke REDfm. Memang omputeh memanjang la, tetapi lagu up to date. Dengar pun layan jugak, Cuma bahan berita semasa tak banyak. Fikiran layan radio je la..Pagi ada la latihan bahasa inggeris….hehehe..
Sejak 2 menjak pula, rasa pengendali Redfm dah tukar DJ, kami on ke IKIM fm, pagi-pagi 6.30 dah ada ceramah agama sampai pukul 6.50. Lepas tu ada gandingan Siti dengan sapa tu dari kump Saujana..memang bagus jugak…untuk memastikan halwa telinga ni segar.
Baru-baru ni pula kami on Suria FM. Saje-saje on, alih-alih dari beberapa pagi ni dah dengar Suria je.. Aku suka dengar je, kalau orang sebelah tak tukar channel, layan je la..
Semua Stesen ni bagus termasuk KLfm, Cuma ikut mood pagi, kerana kami ini tidak stick dengan satu-satu Stesen..
Anda pula bagaimana…????? Hehehe..

Tuesday, January 4, 2011
Diari

Setiap awal atau hujung tahun anda pasti menerima senaskah (?) diari baru samada dari pejabat anda, atau dari kenalan atau juga dari pelanggan anda.
Sifat diari ini mengandungi aktiviti harian, bulanan atau mingguan.Dan juga maklumat peribadi. Kalendar, unit ukuran dan cuti-cuti kebanyakan negara terkemuka atau berkaitan turut dilampirkan.
Perkataan diari berasal dari bahasa Inggeris.Diary.
Aku ini bukan seorang yang suka tulis diari, sebab tu jarang-jarang ada post.
Malah diari tahun 2008 pun masih tak penuh lagi. Sekarang sudah terima tahun 2011 pula.
Diari ini sebenarnya sangat berguna untuk mengesan aktiviti terbaru kita sekiranya berlaku sesuatu perkara selain ia membantu kita menyusun program rasmi atau peribadi secara berjadual.
Ada pelbagai bentuk diari - Islamic, Romantik, Rasmi, Peribadi dan Santai.
Sempena tahun baru ini, rajin2 la menulis, merancang dan melaksana apa yang dijadual dalam diari. Semoga ia penciptaan yang memberi kesan dari merugikan penebangan pokok2.huhuhu.
Subscribe to:
Comments (Atom)