
Setiap awal atau hujung tahun anda pasti menerima senaskah (?) diari baru samada dari pejabat anda, atau dari kenalan atau juga dari pelanggan anda.
Sifat diari ini mengandungi aktiviti harian, bulanan atau mingguan.Dan juga maklumat peribadi. Kalendar, unit ukuran dan cuti-cuti kebanyakan negara terkemuka atau berkaitan turut dilampirkan.
Perkataan diari berasal dari bahasa Inggeris.Diary.
Aku ini bukan seorang yang suka tulis diari, sebab tu jarang-jarang ada post.
Malah diari tahun 2008 pun masih tak penuh lagi. Sekarang sudah terima tahun 2011 pula.
Diari ini sebenarnya sangat berguna untuk mengesan aktiviti terbaru kita sekiranya berlaku sesuatu perkara selain ia membantu kita menyusun program rasmi atau peribadi secara berjadual.
Ada pelbagai bentuk diari - Islamic, Romantik, Rasmi, Peribadi dan Santai.
Sempena tahun baru ini, rajin2 la menulis, merancang dan melaksana apa yang dijadual dalam diari. Semoga ia penciptaan yang memberi kesan dari merugikan penebangan pokok2.huhuhu.
No comments:
Post a Comment