Thursday, January 27, 2011

Novel Interlok Akan Dipinda?


Kenapa nak pinda Interlok?

Adakah anda semua dah baca hasil karya agung penulis ini sebaiknya?

Kenapa ada yang mahu emosi? Ada yang tercalar maruah ke?

Sebaiknya kita kaji kesan negatif melambatkan keputusan ini kerana anak didik terutama yang akan ambil SPM tahun ini pasti terkesan. Subjek sastera Melayu merupakan komponen penting kepada penilaian nanti.

Kepada yang ada kuasa, guna la sebaiknya. Fikirkan kuasa yang diberi untuk kebaikan bangsa dan negara serta agama. Bukan untuk perut sendiri je, silap buat keputusan kelak negara tergadai oleh pihak tak bertanggungjawab.

Agenda tertentu perlu diselidik dan difahami. Takkan kerana beberapa perkataan dalam buku yang secara terang telah menerangkan identiti sejarah dan asal usul sesuatu kaum hendak dinafikan. Lupa daratan namanya itu.

Fikir-fikirkan....

No comments:

Post a Comment