Monday, January 24, 2011

Cuti cuti Malaysia

Membuka kalendar 2011 dengan cuti ke Utara.

Pagi Sabtu jam 6.55 dari Gombak dan bergerak ke Lumut.

Hampir sampai di Lumut tetapi salah jalan, ingatkan Pantai Remis tu dekat je dengan Lumut rupanya hampir 30 km jauh beza. Dah buang 60 km untuk pusing ke Lumut.

Lumut terletak di Daerah Manjung. Tahu pun sebab tak sengaja.

Tak sangka Sabtu pun boleh kena saman tak bayar parking.

Pakcik yang nak tolong bayar saman pun pusing-pusing cakap, tak pasal kena pau RM20.00. Takpe pakcik, rezeki kan.

Kemudian dari Lumut terus ke Kuala Perlis. Sampai di Gurun memang tak boleh tahan lagi, maklumlah gerak dari KL lagi dah rasa macam nak demam, kemudian sepanjang jalan rasa macam panas sangat. Tukar pemandu dari Gurun sampai la ke Kuala Perlis.

Lebih kurang 5 jam sahaja dari Lumut ke Kuala Perlis. Masuk lebuh raya Utara Selatan di persimpangan Bandar Baharu.

Di Kuala Perlis, memang dah book 2 malam, tapi recep dengar 1 malam je, bengang jugak la tapi nak wat cmne kan..

Jadi pagi Ahadnye bergerak la ke Langkawi untuk mencari hotel lain. Nasib baik dapat Grand Con - cikai gak la, takde Astro pun, seterika pun share, prayer mat pun takde, cokia gak .. tapi memang ni standard Grand Con pun, harap mahal je.. Kat Kuala Terengganu pun camni, kat Kuantan pun camni gak.


Apa pun semua yang jadi mesti ada hikmahnye..

No comments:

Post a Comment