Wednesday, January 5, 2011

Stesen Harian

Setiap hari dari PJ (Puncak Jalil) – nape panggil Jalil ye? Sapa ek Jalil tu?....ke Jalan Tun Razak..lebih kurang 45 minit…sebenarnya dekat je dalam 25 km..tapi jalan simpang sana, simpang sana, lampu trafik banyak pula lagi, dengan perangai driver termasuk aku yang suka cilok sana – sini, tapi yang betul masalah bila susunan dan keadaan jalan yang berlubang di banyak tempat lagi menyukarkan.

Perjalanan yang agak lama itu, aku dah cuba drive seorang – memang membosankan..nasib baik berdua.

Setahun yang lepas kami lebih gemar Radio ERA, sebab ada lawak gila-gila dari Pak Nil dan Arwah Din Beramboi. Walaupun lawaknye mengarut, tetapi ia sangat membantu terutama ketika anda berada dalam kesesakan jalan raya di KL yang sememangnya menyesakkan. Sekurang-kurangnya tangan takde la gatal nak tekan hon atau signal kiri kanan untuk tukar lane.

Tetapi sejak gandingan Pak Nil itu dah pergi, memang kami terasa jugak..cuba juga layan ray, hanif dan pak nil, memang tak boleh masuk pun, pengisian mereka ni pun agak kurang menarik perhatian dan membuatkan kepala susah berfikir – ini pendapat aku je..

Jadi kami pun berubah ke REDfm. Memang omputeh memanjang la, tetapi lagu up to date. Dengar pun layan jugak, Cuma bahan berita semasa tak banyak. Fikiran layan radio je la..Pagi ada la latihan bahasa inggeris….hehehe..

Sejak 2 menjak pula, rasa pengendali Redfm dah tukar DJ, kami on ke IKIM fm, pagi-pagi 6.30 dah ada ceramah agama sampai pukul 6.50. Lepas tu ada gandingan Siti dengan sapa tu dari kump Saujana..memang bagus jugak…untuk memastikan halwa telinga ni segar.

Baru-baru ni pula kami on Suria FM. Saje-saje on, alih-alih dari beberapa pagi ni dah dengar Suria je.. Aku suka dengar je, kalau orang sebelah tak tukar channel, layan je la..

Semua Stesen ni bagus termasuk KLfm, Cuma ikut mood pagi, kerana kami ini tidak stick dengan satu-satu Stesen..

Anda pula bagaimana…????? Hehehe..

No comments:

Post a Comment