Monday, January 17, 2011

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA..

Tanpa ibu bapa, pastinya kita tiada di dunia, nikmat hidup yang sementara ini. Melahirkan kita, membesarkan kita, memberikan nama baik kepada kita, mendidik kita – banyak perkara yang membantu kita berada di mana kita sekarang. Didikan anak bergantung kepada haluan yang diberi oleh ibu bapa. Apabila kita telah matang dan boleh menjaga diri sendiri, menjadi tanggungjawab pula untuk menjaga mereka dan membahagiakan.
Mungkin ada yang bergaji besar, dan berharta boleh memberi kesenangan kepada mereka. Bagaimana pula dengan yang tidak berpendapatan besar dan senang? Sebenarnya banyak cara lagi untuk memberi hati mereka senang. Selain mendoakan mereka, kita turut boleh melawat rakan-rakan karib mereka atau saudara yang mereka senangi.
Dewasa ini, kebanyakan golongan muda termasuk saya, rasanya sangat sukar untuk melawat kaum tua tanpa ditemani oleh ibu bapa sendiri. Malahan, kalau ingin join kenduri pun sangat sukar sebab perlu berkenalan dan berkomunikasi dengan saudara lain. Walaupun perkara ini bukan merangkumi ramai dari kita, tetapi kesedaran menghormati dan memberi belas ihsan kepada kaum tua sedikit sebanyak membantu melahirkan keluarga seterusnya masyakarat penyayang.
Dalam keadaan ini tiada yang silap kerana dengan kadar populasi yang semakin besar, jarak antara satu tempat semakin jauh, malahan rantaian keluarga yang semakin lebar, ada yang tidak berkesempatan berjumpa, atau berkenalan. Tetapi ia boleh ditangani menerusi laman social seperti Twitter atau Facebook. Malahan dengan kecanggihan email dan sms pasti memudahkan kita berhubung.
Selalunya memanglah orang tua-tua selalu membebel atau berceloteh, maka kita luangkan sejam lebih atau 2 jam untuk berjumpa mereka, kerana dengan pengalaman yang banyak tidak mustahil ia membantu dalam kehidupan kita akan datang.
Setiap yang muda pasti tua, setiap yang Bujang pasti ada pasangan. Akan sampai masa kita menerima kunjungan dan melayani hari tua. Selamat berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara dan rakan-rakan ayah ibu kita.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

No comments:

Post a Comment