Friday, January 14, 2011

Facebook Tutup?

Dikhabarkan MukaBuku ini akan ditutup dalam waktu terdekat iaitu 15Mac atau 15Jan disebabkan tokeynye iaitu Mark Zuckerberg sudah tidak mampu mengawal ketagihan dan trafik pengguna yang semakin hari semakin bertambah.

Maka, dengan khabar angin(?) ini ramailah pengguna memforward dan memberi respon yang positif dan negatif mengikut pandangan masing-masing. Malah beberapa radio komersial menyajikan topik ini sebagai intipati perbualan siaran mereka bagi mendapatkan maklumbalas pengguna.

Biasalah adat hidup ini, bila datang pasti ia pergi. Tak kisahlah bentuknya, sebab yang kekal hanya Dia sahaja. Kalau betul ia berlaku, anggap sahaja ia umpama penceraian yang berlaku kepada Friendster, My Space, Hi - 5 dan rakan-rakan sosial sepertinya.

Teruskan kehidupan anda dan jangan tangisi sesuatu yang tak pasti....hehehe..

No comments:

Post a Comment