Bagi kalangan rakan-rakan yang baru sahaja menjawat jawatan eksekutif / pelaksana, 3-5 tahun masih lagi dianggap sebagai junior dan agak kurang yang menerima kenaikan sebagai senior dalam temph tersebut.
Dalam tempoh 3-5 tahun, junior exec akan menerima banyak cabaran termasuk memahami corak kerja di pejabat, selain menangani perangai staff lama yang complacent dengan cara kerja sediada. Selalunye JE – Junior Exec kelihatan sangat bersemangat memahami, mempelajari dan mengimplemen apa yang di pelajari di Universiti / Kolej / Tertier Line di dalam pejabat. Bagi yang pernah praktikal , tempoh tersebut juga digunakan untuk membiasakan diri dengan politik pejabat.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan JE ingin mencapai sesuatu yang positif di tempat kerja, kadangkala pegawai-pegawai atasan melihat golongan ini sebagai terlalu keterlaluan maka dicantas oleh kerana risau berlaku seperti Hang Nadim mengajar rakyat Temasik melawan todak.
Sebenarnya perkara tersebut jarang berlaku, yang pasti adalah ramai Senior pasti membimbing JE untuk menjadi pegawai atasan yang berkaliber dan berkeyakinan.
No comments:
Post a Comment